Bulu kening..
Menurut Bukhari:
Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening..atau meminta supaya dicukurkan bulu kening~Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari~
Kaki memakai gelang berloceng..
"...Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..."~Surah An-Nur:Ayat 31~
Keterangan:
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan..
Mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng..
Sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah..
Wangian..
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian..Kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya..Maka wanita itu telah dianggap melakukan zina..~Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban~
Dada..
"..Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.."
~Surah An-Nur:Ayat 31~
Gigi..
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."
~Hadis Riwayat At-Thabrani~
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yangmerubah ciptaan Allah."~Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim~
Muka dan leher..
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta dan janganlah kamumendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah zaman dahulu..."~Surah Al -Ahzab: Ayat 33~
Keterangan:
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah..
Muka dan Tangan..
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis..
Sabda Rasullulah:
"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginyamenzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."~Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari~
Tangan..
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripadamenyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."~Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi~
Mata..
"..Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkansebahagian dari pemandangannya.."
~Surah An Nur: Ayat 31~
Sabda Nabi Muhamad SAW:
"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya bolehpandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram."~Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi~
Mulut (suara)..
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehinggaberkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapiucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
~Surah Al Ahzab: Ayat 32~
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) danpenyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."~Hadis Riwayat Ibn Majah~
Kemaluan..
"..Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka..."
~Surah An Nur:Ayat 31~
"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
~Hadis Riwayat Al Bazzar~
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."~Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah~
Pakaian..
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."~Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah~
Firman Allah yang bermaksud:
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali, lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
~Surah Al Ahzab Ayat 59~
"Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya."~Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim~
Keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membukabahagian-bahagian tertentu.
Rambut..
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."~Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim~
Jagalah 13 perkara ini..
Insya Allah.. Anda akan di janjikan syurga yang hakiki..
Barakallahufik.. =)
Selamat beramal..
Sumber: http://nahdahmuslim.blogspot.com/2011/01/muslimah-awas-13-aurat-mu-yg-wajib-di.html
My Love Reader's,
0 comments:
Post a Comment