Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
! ✿Vertical Truth of 'Islam'✿ !: 2012

Persoalan Qadha Puasa Bulan Ramadhan. (Penting! )

Sekiranya kita sengaja atau tidak sengaja meninggalkan puasa, baik lelaki ataupun peempuan, maka kita diwajibkan untuk mengqadha’ jumlah bilangan puasa yang kita tinggal. Walaubagaimanapun qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Sya,ban, samada uzur atau tidak. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah katanya” Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Syaaban tahun berikutnya”.
Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehingga menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka menurut sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu memberi fidyah disamping wajibmengqadha puasa. Tetapi dalil yang mewajibkan fidyah dalam hal ini, tidak kami perolehi.
Al Hasan dan Ulama Hanafiyah tidak mewajibkan fidyah jika ditangguh kerana uzur atau tidak. Imam Malik, Syafei, Ahmad dan Ishak sependapat dengan ulama Hanafiah. Jadi jelaslah cukup sekedar mengqada puasa yang tinggal dan tidak perlu menggandakannya.
P/S - Perkara ini perlu juga disegerakan kerana seseorang itu wajib menggantikan puasanya sebelum masuk bulan ramadhan pada tahun tersebut. Sebagai umat Islam juga, kita perlu tahu bahawa berpuasa di bulan ramadhan itu termasuk dalam rukun Islam dan ia wajib dilaksanakan bagi yang mampu.

My Love Reader's,
Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

Hidup Sentiasa Bersangka Baik .

Dalam seharian kita hidup dan Alhamdulillah sehingga hari ini kita masih bernyawa, hampir seluruh masa kita akan bersangka. Ketika hendak pergi ke tempat kerja, kita akan bersangka sama ada jalan sesak atau tidak. Ketika membeli makanan di kedai, kita akan bersangka sama ada sedap atau tidak dan sebagainya.  Bersangka terbahagi kepada dua, iaitu buruk dan baik. Sudah semestinya semua tahu apa itu buruk dan apa itu baik. Akan tetapi, dalam banyak sangkaan kita itu, berapa banyakkah sangkaan baik dibandingkan dengan sangkaan buruk?
Situasi 1:
Ali membeli gula-gula lalu dibawa ke sekolah. Kemudian Abu melihat bungkusan gula-gula itu lalu terdetik di hatinya, ‘Ali ni nak berlagak bawak gula-gula ke?’ atau ‘Ish, mana boleh makan gula-gula di sekolah’.
Situasi 2:
Ali membeli gula-gula lalu dibawa ke sekolah. Kemudian Abu melihat bungkusan gula-gula itu lalu terdetik di hatinya, ‘Eh, Ali membawa gula itu kenapa ye? Mungkin kerana mahu memberi kepada rakan-rakan’ atau ‘Alhamdulillah, Ali membawa gula itu kerana cikgu memesannya membawa untuk diberikan hadiah kelak tatkala quiz dilakukan’.
Yang mana satu situasi kita? Sejujurnya bagi diri saya, posisi saya di Situasi 1, kerana saya juga kadangkala terdetik sangkaan buruk di fikiran ini. Akan tetapi, saya tahu, ramai lagi yang memilih Situasi 2 kerana itulah yang sebaiknya. Bersangka baik.
Memang sukar untuk bersangka baik, sememangnya satu cabaran untuk kita. Tetapi terdapat banyak keburukan dalam bersangka buruk. Contohnya, ia boleh membuahkan perasaan hasad dengki dan sebagainya. Malah, ia akan menjadikan diri kita sendiri lebih buruk daripada orang lain.
Apakah pangkat atau darjat kita sehingga mudah untuk menilai yang buruk bagi orang itu sedangkan zahirnya mereka melakukan perkara baik? Bukanlah hak kita untuk bersangka buruk dan memburukkan seseorang itu dengan hanya melihat dari segi fizikalnya sahaja.Hak untuk menilai seseorang itu hanya terletak pada Allah. Hanya Allah yang berhak menilai seseorang kerana Dialah yang mengetahui setiap hambanya dari dalam sehingga luar dan apa yang kita tidak nampak. Hak kita hanya bersangka baik kerana itu yang terbaik.
Oleh itu, saya juga sentiasa menasihati diri sendiri dan para pembaca supaya bersangka baik dalam apa jua tindakan. Jangan terlalu mudah kita menilai seseorang itu jika seseorang itu hanya melakukan satu perkara yang kurang enak pada pandangan kita tetapi tidak menjejaskan orang lain.
Tiada hamba yang sempurna dan kita perlu sentiasa mencari seribu satu jalan untuk membaiki diri kita dari masa ke masa. Apabila kita nampak seseorang itu melakukan sesuatu perkara, jangan mudah bersangka buruk. Bersangka baiklah kerana ianya baik untuk diri, hati dan perbuatan kita.
P/S - Jika seseorang itu melakukan perkara buruk, ambil pengajaran dan ingatkan diri kita supaya membaiki diri menjadi lebih baik dan tidak melakukan perkara yang tidak elok. Bersangka baik, hati baik, diri baik, semuanya baik. Apa yang paling penting, dalam bersangka baik, kita juga perlu sentiasa berhati-hati dalam apa jua perkara.

My Love Reader's,
Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

Persediaan Menyambut Bulan Ramadhan.

Adakah kita di antara golongan yang tertunggu-tunggu dengan kehadiran bulan ramadhan? Atau kehadiran bulan Ramadhan kali ini dianggap biasa. Objektif kedatangan bulan ramadhan adalahuntuk mengajar umat Islam supaya lebih tekun melaksanakan ibadah kepada Allah. Dalam Bulan Ramadhan disediakan berbagai ibadah dan ganjaran pahala yang sangat istimewa kepada mereka yang berjaya mengamalkannya. Di antara ibadah yang disediakan ialah berpuasa selama sebulan, solat sunat tarawih, qiyamullail, Malam Lailatul Qadar dan sebagainya.
Rebutlah ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala apa yang disediakan dalam Bulan Ramadhan ini. Jangan lepaskan peluang ini, kerana bagi sesiapa yang terlepas peluang ini akan mengalami kerugian yang amat besar dan belum tentu lagi kita dapat bersama pada Ramadhan akan datang.
Pada masa zaman Rasulullah dan para sahabat mereka sangat menanti dan merindui kedatangan Ramadhan. Rasulullah menyambut Bulan Ramadhan dengan mendoakan “Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. Apabila tiba sahaja Ramadhan mereka tidak melepaskan peluang ini. Mereka lakukan segala ibadah dengan penuh kegembiraan dan keseronokkan. Apabila akhir Ramadhan mereka menanggis kerana mereka takut mereka tidak dapat menyambut Ramadhan pada tahun akan datang.
Rasulullah saw telah menyampaikan khutbahnya pada akhir Bulan Syaaban. Alasan yang jelas mengapa ini dilakukan oleh Baginda ialah bahawa Baginda mahu menjelaskan ke dalam fikiran kita tentang kepentingan Ramadhan yang mendatang supaya kita sedar dan tidak akan membiarkan walaupun seketika berlalu tanpa memperolehi manfaat daripadanya. Selepas menyatakan keutamaan-keutamaan bulan ini, perhatian kita terfokus ke arah beberapa perkara yang penting. Pertama Lailatul Qadar iaitu satu malam yang sangat berharga. Baca Teks Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan di sini.
Antara persiapan yang perlu ada kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan supaya Ramadhan tidak terlepas begitu sahaja ialah seperti berikut :
  • Persiapan Rohani penting kepada kita semua, untuk melaksanakan segala ibadah yang ada dalam Bulan Ramadhan ini perlu mempunyai keikhlasan hati dan tidak mengeluh kesah kerana tidak dapat menikmati makanan pada siang hari dan tidak merunggut kelaparan ketika berpuasa.
  • Ilmu tentang ibadah-ibadah yang terdapat dalam Bulan Ramadhan kena dipelajari oleh kita semua, kefahaman tentang ibadah Bulan Ramadhan ini akan menyebabkan kita mudah melaksanakannya tanpa menghadapi masalah.
  • Fizikal penting dalam melaksanakan ibadah puasa, sebab orang sakit dalam bulan puasa tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan ia terlepas dari segala hikmah yang terdapat dalam bulan puasa. Badan sihat juga mudah untuk melaksanakan ibadah Solat Tarawih, mudah untuk membaca Al-Quran dan sebagainya.
  • Ekonomi juga penting dalam bulan puasa. Orang yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kepada orang yang tidak berkemampuan. Kerana ganjaran pahalanya sangat besar.Memiliki ekonomi juga dapat membuatkan seseorang itu mudah ke masjid untuk melaksanakan ibadah Bulan Ramadhan.
P/S - Pastikan segala apa yang kita lakukan walaupun pekerjaan harian kita sekalipun menjadi ibadah dan kita dikurniakan ganjaran yang sangat besar dan baik dari Allah kerana tidak melepaskan peluang ibadah dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini.


My Love Reader's,
Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

Persoalan Muslim Tidak Solat Dan Bagaimana Bertaubat ? (Menarik!)

Soal ibadah atau mengerjakan perkara yang makruf ini bukan perkara yang dianggap suka-suka, bila rajin buat apabila tidak rajin kita tinggalkan. Kalau ibadah sunat itu tidak mengapalah sebab kalau kita tidak buat dia tidak mendapat apa-apa pahala dan dosa. Tetapi kalau perkara yang wajib kalau kita tinggalkan dia mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah.
Saya umpamakan diri kita sebagai hamba Allah kepada seorang pelancong yang masuk ke dalam sesebuah negara. Syarat untuk memasuki sesebuah negara mestilah dengan menggunakan pasport dan juga visa, kalau tidak ada pasport dan visa pelancong tersebut dianggap sebagai pendatang tanpa izin. Apabila dokumen sudah diluluskan oleh pihak imengration, maka pelancong tersebut sudah boleh bergerak bebas dalam negara tersebut dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negara tersebut. Jika ia melakukan kesalahan atau melanggar syarat yang ditentukan, dia boleh didakwa dan boleh juga ditamatkan masa melancongnya dengan serta merta.

Berdasarkan perumpamaan di atas ini adalah apabila kita disahkan atau diluluskan sebagai seorang muslim dengan pasport atau visa kita iaitu syahadah, maka kita kena mentaati segala undang-undang atau syariat yang terdapat dalam agama Islam. Jika kita gagal mematuhinya nescaya kita mengundang kemurkaan dan dosa daripada Allah. Bila tamat sahaja pasport dan visa yang diberikan Allah kepada kita iaitu mati, sudah pasti di akhirat nanti kita menghadapai satu siksaan yang sangat dahsyat dari Allah atas segala kegagalan yang telah kita lakukan.

Kalau kita hitungkan balik jumlah waktu solat dan masa yang diperlukan untuk mengerjakan solat itu sangat sedikit dan tidak sampai suku masa dari jumlah 24 jam. Bagaimana anda boleh anggap solat ini satu perkara yang susah. Inilah yang dikatakan tipu daya syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memutar belitkan pemikiran manusia dengan menganggap solat itu satu perkerjaan yang sangat susah berbanding dengan kerja lain. Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (At-Taha : 14)

Semua makhluk adalah hak milik Allah, jadi terpulanglah kepada Allah untuk buat apa sekalipun kepada makhluknya. Kita tidak boleh berbantah dan mempertikaikan segala suruhan Allah. Setiap amal kebajikan yang kita buat ada balasannya dan ganjarannya. Buatlah ibadah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.
Satu lagi saya hendak ingatkan kepada yang bertanya, sebagai seorang muslim, kita tidak boleh anggap solat itu membebankan dan menyusahkan kita, sebab solat ini adalah perintah Allah dan kita tidak boleh mempersenda segala suruhan Allah dan jika kita mempersenda, maka sudah pasti ia mengundang kemurkaan Allah, segala amal dan pahalanya akan ditolak oleh Allah, boleh merosakkan akidahnya dan akan diazab dengan siksaan yang sangat pedih di hari akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud :
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) Dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke Dalam azab neraka) Dengan sebab apa Yang ia telah usahakan (dari perbuatan Yang buruk dan keji). tidak ada baginya Pelindung dan tidak juga pemberi syafaat Yang lain dari Allah. dan jika ia hendak menebus (dirinya) Dengan Segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. mereka itulah orang-orang Yang dijerumuskan (ke Dalam azab neraka) Dengan sebab apa Yang telah mereka usahakan. bagi mereka disediakan minuman dari air panas Yang menggelegak, dan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).” (Al-An’am : 70)

Manusia adalah makhluk yang lemah dan mudah untuk lupa segala suruhan dan larangan Allah. Jadi sebab itulah Islam diturunkan untuk mengajak dan mengingati manusia akan perintah Allah. Sebab itulah Islam mewajibkan solat 5 waktu, ini bertujuan untuk menghidupkan hati manusia dari terus leka dengan tipu daya syaitan. Bila kita solat, kita akan ingat segala kesilapan yang telah dilakukan oleh kita, dari kesalahan yang dilakukan mohon ampun kepada Allah melalui doa-doa yang terdapat dalam solat dan selepas solat.
Allah itu Maha pengampun dan Maha Penyayang..Kalau kita bertubat dengan sepenuh hati dan berikrar tidak melakukan lagi dosa tersebut, nescaya Allah akan menerima taubat kita. Firman Allah yang bermaksud :
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar : 53)

Tidak ada alasan lagi bagi sesiapa yang melakukan dosa untuk bertaubat, kerana Allah sentiasa membuka bintu taubat seluas-luasnya kepada sesiapa yang ingin bertaubat. Ini peluang yang Allah berikan kepada kita, jangan kita lengah-lengahkan taubat, sebab ajal maut kita tiada siapa pun tahu melainkan Allah sahaja. Kalau tidak disegerakan taubat, takut-takut nanti kita tidak sempat untuk bertuabat kepada Allah.

Dalam taubat ini juga ada beberapa syarat yang telah ditetapkan seperti kata Imam Qurtubi Rahimahullah “Taubat itu mempunyai empat perkara iaitu istiqfar dengan lidah, meninggalkan dengan badan, menyembunyikan keinginan untuk kembali semula dan meninggalkan keburukan”. Taubat ini bukan hanya dilafazkan dimulut sahaja atau menangis dengan air mata berdarah sekalipun, taubatnya tidak akan diterima oleh Allah sebab dia masih lagi mempunyai keinginan untuk melakukan dosa itu kembali.
My Love Reader's,

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

Kisah Benar Membuatkan Anda Menitis Air Mata

Sedih 

Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan mak. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak dan kuih tepung bungkus.
Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, abah singgah letak nasik lemak dengan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen, kuih tepung bungkus 15 sen. Kadang-kadang tu aku bawak jugak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. Aku dapat duk dengan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokasional Temerloh. Tapi tiap-tiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak. Keras tekak aku asyik makan nasik kawah, ikan jeket dengan sawi balak jer kat asrama. Petang jumaat balik kampung sampai rumah, terus cari nasik .

Mak, setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan pelaling (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh dengan kacang botol, sambal belacan lada besar. Tu je favourite aku, ada set tu. Mamang makan tak ingat punya. Kadang-kadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.
Duduk asrama 2 tahun, lepas SPM aku kerja sementara di Tekam Resort. Nama je resort sebenarnya. Aku kerja dalam ladang jugak, kerja banci pokok. Gaji masa tu RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main. Macam-macam dah plan nak beli barang. Benda yang paling aku teringin masa tu, pancing bermesin (bukan manual). Dapat jer duit, terus pergi pekan beli. Aku ingat lagi, harga pancing tu RM75 satu set.

Balik rumah, petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak. Bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia setiap hari untuk pergi kerja. Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak mak, alhamdullillah dapat dah mak merasa duit anak-anak”.

Sedih 1 

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UiTM (masa tu masih ITM) Shah Alam, jurusan elektrik untuk panggilan pertama. Masa tu, aku baru balik kerja, siap mandi, pastu makan. Mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan, mak cakap “haa…. makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni lagi”. Aik…aku tanya mengapa pulak. Mak kata ada surat kat depan ry. Dan-dan tu aku pergi ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia… “lepas dah anak mak 2 orang. Tinggal 2 lagi tu, tak tau macam mana.”
Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu, abang sulung aku yang tanggung. Masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. Masa aku tingkatan 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik semuanya lelaki. Abah la orang paling gembira. Dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, aku tengok abah yang mengasuh adik, lebih dari mak. Syukur pada Allah, harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.
Namun, setahun selepas adik lahir, mak jatuh sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma setakat pergi klinik jer. Lepas sebulan lebih, sakit mak tak sembuh-sembuh. Abah bawak mak pergi ke Hospital pakar kat hospital Mentakab. Diorang ambik sample darah. Lepas seminggu, diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan.

Ya Allah, ujian telah menimpa kami semua. Mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat, mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. Bermula dari hari tu, kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.
Mak setiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik perempuan yang masih kecik. Apa nasib adik bila dia dah takde nanti. Aku cukup tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “Mie… nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu jer. Mie…. kain batik mak ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang, bukak ambik”. Air mata memang tak boleh tahan.

Sampai masa, mak terpaksa operate jugak. Doktor kata kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu, tangguh dulu pelajaran aku. Aku balik kampung, kena jaga adik. Lepas operate, mak dah mula jadi lemah. Kesian sangat aku tengok, doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah.

Lepas 2 minggu mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu, mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital Jengka. Bermula hari tu…keadaan mak makin hari , makin teruk. Seminggu mak ditahan di hospital.

Kemudian, doktor bagi balik, keadaan mak dah elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duduk kat rumah, pastu abah terpakasa bawak mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak dah terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik ke rumah. Masuk jer makanan, mak akan terus muntah.

Doktor kata, penyakit mak dah teruk. Kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital, mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya hati aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. Tapi masa tu mak masih boleh bercakap. Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Dia tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam takde apa-apa, boleh buat lawak dan gelak-gelak lagi. Walhal aku tahu yang dia menanggung sakit yang teramat sangat. Doktor ada terangkan pada kami adik beradik, macam mana nak jaga orang sakit kanser. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. Penglihatan akan kabur. Di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. Seksanya aku tengok mak. Tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. Semakin hari, keadaan mak semakin teruk. Aku ambik keputusan untuk cuti satu semester. Abang aku yang di jepun pun balik.

Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam-pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga, pemikiran mak dah menjadi tak berapa normal. Dia dah tak kenal dah orang yg pergi melawat dia, kecuali hanya anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku, jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu keluar air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. Dah hampir 3 bulan mak di hospital Jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua nurse dan doktor kami kenal.

Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya. Walaupun kami lelaki, jururawat kat situ dah tak kesah. Pada mulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Tapi kami jumpa doktor dan ketua nurse, , mintak kebenaran sebab kami takde adik-beradik perempuan (kecuali adik). Lagipun mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada orang urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya, kami bawak mak balik ke rumah. Sebab mak kata dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia dan suami dia. Kami mintak dengan doktor, dan doktor benarkan. Doktor kata, memang mak dah takde harapan. Bila mak sampai rumah, suatu keajaban berlaku. Mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. Cuma mata dia jer masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka. Apa yang dia sebut, kami cari. Kami ambik semua baju baru mak, kami pakaikan pada dia. Mak sembang dengan semua orang, mintak maaf dengan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia semakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas mak tersekat-sekat. Masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru boleh dengar. Tengah hari tu, kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu. Seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.

Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua, dan melihat kepada tanda-tandanya, hari ni mungkin sampailah masa tamatnya penderitaan mak setelah sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.

“Mak… emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada mak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum.” Banyak lagi aku nak sebut pada mak, tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kami kucup dahi mak, kami cium kaki mak. Air mata mak mengalir. Kami letak adik tepi mak. Bagi mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata mak mengalir setiap kali bila tengok adik. Kesian adik, lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. Tak dapat merasa kasih sayang mak lagi. Mak bisikkan sesuatu pada abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi mak. Kemudian, dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan mak. Tak nak mak terseksa lagi. Tak lama, mak sesak nafas, abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar, aku saksikan sendiri, betapa seksanya menuju kematian…betapa teruknya sakaratul maut. Inilah yang dinamakan ‘mabuk kematian’. Amat dahsyat dan menyakitkan… Tengok saja pun dah tak tahan. Apatah lagi yang merasainya.
Akhirnya….

“Innalillahiwainna ilaihiroo-jiun….. ”

Ibu tercinta pergi buat selamanya………

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini….. linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.
INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA.

Sekian, semoga kita semua dapat benar-benar menghargai ibu kita. Hiburkan hati ibu, gembira kan mereka selagi mereka masih hidup. Berusahalah untuk menjadi anak yang soleh atau solehah yang dapat membuatkan mereka berbangga memiliki anak seperti kita.

My Love Reader's,

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

Doa Menghindari Sifat Marah.

Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak boleh lari dari sifat marah. Namun orang yang bijak adalah orang pandai mengawal emosi kemarahannya. Menjadi seorang yang panas baran amat ditakuti oleh sesetengah orang kerana ia boleh mengundang masalah nanti. Contohnya jika seseorang itu sukar mengawal kemarahan, bimbang terjadinya pergaduhan sehingga boleh melibatkan kecederaan dan kematian. Apakah cara terbaik untuk menghindari sifat marah? Ikuti ulasan di bawah ini.


Soalan:
Kawan saya seorang yang panas baran dan mudah marah. Boleh tak ustaz berikan doa/bagaimana caranya untuk menyabarkan/menenangkan orang yang sedang marah? Doa/amalan untuk menyejukkan hati sendiri yang sedang marah?

Jawapan:
Kemarahan itu timbul dari gejolak perasaan yang membara, ia bagaikan api yang membakar perasaan. Kemarahan itu juga merupakan dorongan syaitan yang ingin menghancurkan jiwa seseorang, sesungguhnya syaitan itu dari api, dan api akan padam dengan air. Oleh sebab itu jika dalam keadaan marah segeralah mengambil wuduk agar kemarahan menjadi reda.

Perbanyakkan istighfar kepada Allah dan selawat keatas Nabi, membaca Al Quran, kerjakan solat dan perkara-perkara yang diperintah dan tinggalkan perbuatan yang dilarang dalam Islam. Dengan cara demikian insya Allah kemarahan akan dapat dihindarkan.

P/S - Tidak kira kita di mana sekalipun, kita perlu bijak mengawal perasaan marah. Semua orang boleh marah. Namun ada batasnya. Cikgu seorang guru marah kepada anak muridnya. Jadi marahlah dengan secara lembut. Tidak semestinya marah itu perlu diringi dengan perbuatan seperti memukul. Banyakkan membaca al-quran dan selalu beristighfar kepada Allah SWT.
My Love Reader's,
Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

10 Tips Untuk Mengurangkan Stress.

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada agama Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
 
Dengan solat hati kan menjadi tenang. Betul?

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah:

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8 ) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

P/S-, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang menurut Islam, insyaAllah kita boleh mengurangkan stress.

Oleh : Ustazah Norihan Mohd. Noor (Halaqah.net)
My Love Reader's,

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

3 Jenis Makanan Dalam Neraka (Seram Nih !)

Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai satu tempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah mati. Jika baik amal seorang manusia itu, dengan rahmat Allah, dia akan masuk ke syurga dan jika buruk amal seseorang manusia itu, dia akan dihumban ke dalam neraka dan diberi 3 jenis makanan yang mengerikan ini. Apakah 3 jenis makanan di neraka itu?

Gambar hiasan – Kalau setitik debu neraka jatuh ke bumi, boleh hancur lebur dunia dan seisinya. Erk?

1. ZAQQUM

Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)
Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: “bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Rasulullah saw bersabda: “Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?
Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.
Imam Ibnu Kathir berkata: “Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.

2. GISLIN

Firman Allah swt: Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah).
Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:
1. Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2. Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)

3. Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)

3. DARIE’

Firman Allah swt: Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)
Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:
1. Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir).
2. Batu (pendapat Said bin Jubair).

3. Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).

4. Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)
Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:
“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda: “ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)

MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN

Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)
Ibnu Abbas berkata: “Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.

KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN

Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.

Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.

RUJUKAN:
 
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani.
My Love Reader's,

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

10 Sahabat yang Telah Dijamin Syurga.

Sahabat nabi merupakan orang yang hidup sezaman nabi dan pernah berjumpa dengan nabi. Di bawah ini terdapat seramai 10 orang sahabat yang telah dijamin oleh Allah SWT masuk ke dalam syurga. Jaminan ini adalah disebabkan perngorbanan ikhlas mereka dalam memperjuangkan agama serta membantu nabi dalam menyampaikah dakwah kepada orang kafir. Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).

1. Abu Bakar Siddiq ra.

Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan lelaki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran.

(Surah At-Taubah ayat ke-40)

Sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.

2. Umar Bin Khatab ra.

Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam

Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada waktu kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

P/S- Bagaimana dengan kita hari ini? Kita hidup sebagai umat akhir zaman yang penuh dengan segala kemewahan, berbanding pada zaman dahulu penuh dengan kekurangan. Tetapi mereka tidak menjadikan kekurangan itu sebagai satu penghalang dalam menegakkan agama Islam.
My Love Reader's,

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

Apakah Bala Allah Hampir Tiba.

Allah SWT adalah tuhan sekalian alam. Allah SWT jugalah yang mencipta semua makhluk yang terdapat di atas muka bumi ini. Sebagai seorang hamba yang hina, kita wajib mentaati segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Sekiranya kita sentiasa melakukan perkara kemungkaran, bala pasti akan menimpa kita sama ada pada ketika itu, ataupun di masa akan datang.
 

Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mendatangi sejumlah sahabat di kalangan muhajirin, kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), maka tidak ada lagi kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT, semoga kamu tidak menemui zaman itu.”
Perkara-perkara itu ialah:

1. Tidak tampak perzinaan pada sesuatu kaum sehingga mereka bernai terus-terang melakukannya, melainkan akan berjangkit wabak penyakit yang menular (tha’un) dan mereka ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan/ukuran dan timbangan (curang dalam perdangangan), kecuali mereka akan diuji dengan kemarau penjang dan kesulitan mencari rezeki, dan kezaliman dari kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tidak menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka, musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri.

Penerangan Hadis:

Marilah kita merenung sejenak hadis di atas dan membuat hisab ke atas diri dan masyarakat kita. Saban hari kita membaca akhbar dan mendengar berita tentang kepincangan umat Islam akhir zaman. Justeru itu, benarlah apa yang disebut oleh Rasulullah SAW tentang umat akhir zaman. Hakikat yang perlu kita teliti ialah, adakah kita sekarang hidup dalam keredhaan dan keberkatan Allah atau sebaliknya? Melihat kepada perkara yang berlaku hari ini, sewajarnya kita bertanya kepada diri kita: Apakah sumbangan kita untuk Islam, Allah dan RasulNya? Bukan sekadar kita menyalahkan individu yang terlibat dalam maksiat dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekitar kita dengan alasan “Bukan hal aku”.

P/S - Sekarang ialah masanya untuk kita memikirkan apakah tindakan kita selanjutnya. Mahukah kita melihat perkara ini berterusan. Atau kita tergolong dalam golongan yang ingin merebut pahala jihad di sisi Allah. Marilah sama-sama kita bermuhasabah sesama sendiri.

My Love Reader's,

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

Kelebihan Orang Lelaki Yang Berjanggut. (Menarik!!)

Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :


· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

p/s - Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna. Apa lagi, wahai lelaki mari kita menyimpan sedikit janggut bagi mengikut sunnah rasulullah SAW.

My Love Reader's,

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

Hak-Hak Orang Bukan Orang Islam Dalam Negara Islam.

Dalam sejarah Islam bermula daripada pemerintahan Rasulullah SAW sehinggalah kepada pemerintahan kerajaan Islam Othmaniyah orang-orang bukan Islam memperolehi hak yang sudah sedia terjamin oleh syariat kepada mereka. Mereka tidak pernah mengecapi kebebasan yang sebenarnya kecuali setelah berada dibawah pemerintahan Islam. Ahli perundangan Islam membahagikan rakyat yang bukan Islam kepada beberapa katogari. Antaranya:


1. Kafir Dhimmi. Mereka ialah orang yang sanggup taat setiap kepada negara Islam. Negara dikehendaki meraikan segala perjanjian yang dibuat dengan mereka.

2. Tawanan Perang. Mereka ini terdiri daripada orang yang menentang Islam sehinggalah mereka ditewaskan dan akhirnya ditawan. Secara automatik mereka diletakkan dibawah tanggungan negara Islam. Mereka dikehendaki membayar cukai mengikut kadar tertentu dan dengan itu hidup, harta benda, maruah dan rumah-rumah ibadat mereka dilindungi.

3. Orang bukan Islam yang menetap di negara Islam dan menjadi rakyat negara berkenaan.

4. Orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam buat sementara waktu seperti pelancong atau pengembara.

5. Penduduk asing yang secara sukarela memilih untuk tinggal di dalam negara Islam.

Hak-hak asasi orang-orang yang bukan Islam dalam negara Islam merangkumi:
1. Mereka dilindungi oleh pemerintah Islam dari serangan luar.
2. Mereka dilindungi dari segala bentuk penganiayaan dan pencerobohan dari dalam negara.

Selain itu terdapat hak-hak yang lain iaitu;
1. Berhak melaksanakan undang-undang peribadi mereka seperti undang-undang yang bersangkutan paut dengan soal perkahwinan, perceraian, pembahagian harta pusaka, penjualan arak, makan daging babi dan menjual beli barang seumpamanya. Bagaimanapun jika mereka mahu tunduk kepada hukum-hukum syariat Islamiyah maka pemerintahan hendaklah menerima kehendak mereka dan menjalankan hukum syariat secara adil ke atas mereka.

2. Berhak membuat pilihan terhadap sesuatu pegangan agama tanpa sebarang paksaan dari pemerintahan Islam dan mereka boleh mengamalkan kepercayaan agama mereka dengan aman.

3. Hak untuk hidup. Orang bukan Islam yang berada dalam negara Islam mempunyai hak untuk hidup dan darahnya terpelihara. Tidak seorangpun berhak membunuh dan mengalirkan darahnya atau merampas harta bendanya. Jika ada mana-mana orang Islam yang membunuh mereka, maka hukumannya hendaklah dibunuh balas.

4. Kehormatan orang yang bukan Islam adalah terpelihara dalam negara Islam. Mayat dan tulang-temulang orang yang bukan Islam hendaklah dihormati seperti juga mayat orang Islam. Jenazah orang yang bukan Islam perlu dihormati.

5. Musuh-musuh Islam yang ditawan dalam peperangan berhak mendapat layanan yang adil dari pemerintah Islam. Mereka tidak boleh didera dan dibunuh sewenang-wenangnya, kecuali yang jelas merbahaya kepada negara Islam dan umatnya.

6. Rumah orang yang bukan Islam tidak boleh dicerobohi dan harta bendanya tidak boleh dicuri dan dirampas sewenang-wenangnya.

7. Orang yang bukan Islam berhak membuat permohonan kepada negara Islam bagi mendapatkan hak perlindungan politik sebagaimana orang Islam yang berada di negara bukan Islam berhak membuat permohonan berkenaan kepada mana-mana negara Islam.

8. Orang bukan Islam berhak mengadakan perhimpunan secara aman dan berhak menubuhkan persatuannya sendiri.

9. Orang yang bukan Islam mempunyai hak untuk menyatakan pendapat dan pendiriannya masing-masing, malah mereka mempunyai hak dalam berpolitik bagi membela nasib kaum mereka sendiri.

10. Orang bukan Islam berhak menjalankan perniagan secara bebas dalam negara Islam asal sahaja bentuk perniagaan itu tidak mengandungi jualan yang boleh merosakkan negara seperti dadah dan sebagainya.

11. Orang bukan Islam mempunyai hak dalam memegang jawatan dalam perkhidmatamn awam yang berkaitan dengan perkara duniawi dan tidak menyentuh tentang perkara agama Islam.

12. Orang yang bukan Islam yang terlampau miskin berhak mendapat bantuan kewangan dari pihak berkuasa negara Islam sebagaimana yang diputuskan oleh Saidina Umar ra. di zaman pemerintahannya.

13. Orang bukan Islam berhak mendapat rawatan kesihatan dan hak jaminan sosial dari kerajaan Islam.

14. Orang yang bukan Islam tidak boleh dipaksa melibatkan diri dalam angkatan tentera negara Islam, kerana dengan membayar cukai jizyah mereka berhak mendapat perlindungan dari kerajaan. Bagaimanapun jika mereka secara sukarela memasuki perkhidmatan angkatan tentera Islam, ia sangat dialu-alukan. Kerana dengan cara ini ia dapat berbakti kepada tanah air tempat ia menetap. 

Orang-orang yang bukan Islam juga dikehendaki melaksanakan hak yang wajib mereka laksanakan terhadap negara Islam iaitu:
1. Mereka hendaklah melakukan perkara yang boleh menyumbangkan pada kesejahteraan masyarakat dan negara yang dihuninya.

2. Mereka tidak boleh melakukan sesuatu tindakan yang membahayakan negara Islam dan perbuatan yang menimbulkan rasa tidak senang orang Islam. Contohnya mereka tidak boleh membuka kedai arak dan kawasan ternakan babi di kawasan perumahan orang-orang Islam.

3. Orang yang bukan Islam dilarang menghina dan mencerca sebarang tokoh Islam sekalipun mereka tidak mempercayai dan menganuti Islam, malah mereka dituntut supaya menghormati pegangan orang Islam dan apa sahaja yang dimuliakan oleh orang Islam.

4. Orang-orang bukan Islam tidak boleh memberontak menentang negara Islam atau mementingkan diri sendiri sahaja dengan menimbulkan perkara yang mencetuskan huru-hara dalam masyarakat. Mereka tidak boleh bersama dengan golongan yang suka menyebarkan fitnah dalam negara Islam.

5. Mereka mesti mematuhi dan menghormati undang-undang yang dilaksanakan oleh negara Islam iaitu undang-undang yang bertujuan mengawal peraturan dan kebajikan masyarakat.

P/S - Inilah antara hak yang berhak diterima oleh orang bukan Islam dalam sesebuah negara Islam dan hak yang perlu mereka laksanakan kepada negara Islam. Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, anda boleh mendapatkan buku yang bertajuk Non Muslim Under Shari’ah (Islamic Law) oleh A. Rahman. D.

My Love Reader's,

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

Kisah Syaitan Menyesatkan Niat Pemuda Soleh.

Ini adalah sebuah kisah di mana terdapat syaitan yanng cuba menyesatkan niat seorang pemuda yang soleh. Dalam sebuah hadis ada menceritakan tentang dua orang saudara, seorang darinya kuat beribadat kepada Allah manakala seorang lagi selalu berbuat maksiat dan kejahatan. Jom kita ikuti kisah ini di bawah ini.


Pada suatu hari saudara yang kuat beramal ibadat kepada Allah telah bercita-cita untuk melihat Iblis di tempat ibadatnya. Suatu hari ketika dia sedang duduk bersendirian maka datanglah syaitan kepadanya dengan berkata: “Sayang sekali engkau, engkau telah menghabiskan dan mensia-siakan empat puluh tahun umurmu kerana itu rasailah kesedapan dunia dan jamulah kehendak dan keinginan engkau. Kemudian kembalilah engkau bertaubat serta membuat ibadat kepada Allah pula. Jadi tiadalah engkau merugi dalam dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Penyayang.”

Mendengar kata-kata iblis yang lembut itu maka hati dan pendiriannya telah berubah, katanya: “Benar juga kata-kata syaitan itu, aku telahpun merugikan diriku sendiri beberapa lama. Baiklah aku turun ke bawah mendapatkan saudaraku supaya dapat aku bersama-samanya memuaskan nafsu keinginan dan keduniaan selama dua puluh tahun, kemudian aku akan bertaubat dan kembali beribadat kepada Allah di dalam umurku yang dua puluh tahun lagi itu.”

Selepas dari itu dia pun turun ke bawah dengan niat untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan kepada Allah. Dalam pada itu saudaranya yang seorang lagi (Penderhaka) yang selalu di dalam kancah kemaksiatan dan kejahatan itu mula menyedari kesilapan yang telah dilalukannya. Pada suatu hari dia mendapati dirinya di dalam seburuk-buruk keadaan. Dilihatnya badannya serta pakaiannya telah kotor berlumuran dengan najis serta terlantar pula di atas debu tanah. Sewaktu dia sedar itu, maka berkatalah hatinya: “Oh… sia-sianya. Oh.. ruginya aku.

Sudah habis umurku di dalam dunia maksiat, aku telah merosakkan diri sendiri serta bodoh, sedangkan saudaraku itu sedang menikmatan beribadat kepada Allah dan akan memperolehi syurga Tuhan. Tetapi aku.. nerakalah tempat tinggalku. Demi Allah, aku bertaubat aku akan naik ke atas bersama saudaraku untuk mengerjakan ibadat dan berbakti kepada Allah. Semoga Allah akan mengampuni segala dosanya.”

Maka diapun naiklah ke atas dengan niat untuk bertaubat sedangkan saudaranya itu pula turun dengan niat untuk melakukan kerja-kerja maksiat dan kerja-kerja yang dimurkai Allah. Tiba-tiba sewaktu dia hendak turun maka dia tergelincir kakinya lalu jatuh ke atas adiknya bertimpa-timpa. Akhirnya kedua-duanya itu pun mati di situ juga.

Di hari akhirat nanti kedua saudara itu akan dibangkitkan menurut niatnya. Iaitu yang ahli ibadah akan di bangkitkan atas niat maksiat manakala adiknya pula akan di bangkitkan atas niat berbakti kepada Allah sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: “Akan di bangkitkan tiap-tiap hamba menurut keadaan matinya.” (Baik atau Buruk).

Di samping itu anggaplah syaitan itu sebagai musuh selama-lamanya sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu.”
Semua orang tahu syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita semua, tetapi adakah semua orang tahu bahawa hari ini paling ramai orang-orang mengikuti langkah-langkah syaitan.

P/S - Hari ini syaitan bermaharajalela dengan berbagai-bagai kegiatan maksiatnya, antaranya syaitan telah mempunyai ahlinya yang paling ramai kalau dibandingkan dengan orang-orang Islam hari ini. Tempat-tempat judi, kelab-kelab malam, bersekedudukan secara haram dan sebagainya. Jadi kita perlulah sentiasa istiqamah membuat kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.

My Love Reader's,

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

 
All Right Reserved To Me.Full Edit By NabilaMedan.