Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
! ✿Vertical Truth of 'Islam'✿ !: Hak-Hak Orang Bukan Orang Islam Dalam Negara Islam.

Hak-Hak Orang Bukan Orang Islam Dalam Negara Islam.

Dalam sejarah Islam bermula daripada pemerintahan Rasulullah SAW sehinggalah kepada pemerintahan kerajaan Islam Othmaniyah orang-orang bukan Islam memperolehi hak yang sudah sedia terjamin oleh syariat kepada mereka. Mereka tidak pernah mengecapi kebebasan yang sebenarnya kecuali setelah berada dibawah pemerintahan Islam. Ahli perundangan Islam membahagikan rakyat yang bukan Islam kepada beberapa katogari. Antaranya:


1. Kafir Dhimmi. Mereka ialah orang yang sanggup taat setiap kepada negara Islam. Negara dikehendaki meraikan segala perjanjian yang dibuat dengan mereka.

2. Tawanan Perang. Mereka ini terdiri daripada orang yang menentang Islam sehinggalah mereka ditewaskan dan akhirnya ditawan. Secara automatik mereka diletakkan dibawah tanggungan negara Islam. Mereka dikehendaki membayar cukai mengikut kadar tertentu dan dengan itu hidup, harta benda, maruah dan rumah-rumah ibadat mereka dilindungi.

3. Orang bukan Islam yang menetap di negara Islam dan menjadi rakyat negara berkenaan.

4. Orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam buat sementara waktu seperti pelancong atau pengembara.

5. Penduduk asing yang secara sukarela memilih untuk tinggal di dalam negara Islam.

Hak-hak asasi orang-orang yang bukan Islam dalam negara Islam merangkumi:
1. Mereka dilindungi oleh pemerintah Islam dari serangan luar.
2. Mereka dilindungi dari segala bentuk penganiayaan dan pencerobohan dari dalam negara.

Selain itu terdapat hak-hak yang lain iaitu;
1. Berhak melaksanakan undang-undang peribadi mereka seperti undang-undang yang bersangkutan paut dengan soal perkahwinan, perceraian, pembahagian harta pusaka, penjualan arak, makan daging babi dan menjual beli barang seumpamanya. Bagaimanapun jika mereka mahu tunduk kepada hukum-hukum syariat Islamiyah maka pemerintahan hendaklah menerima kehendak mereka dan menjalankan hukum syariat secara adil ke atas mereka.

2. Berhak membuat pilihan terhadap sesuatu pegangan agama tanpa sebarang paksaan dari pemerintahan Islam dan mereka boleh mengamalkan kepercayaan agama mereka dengan aman.

3. Hak untuk hidup. Orang bukan Islam yang berada dalam negara Islam mempunyai hak untuk hidup dan darahnya terpelihara. Tidak seorangpun berhak membunuh dan mengalirkan darahnya atau merampas harta bendanya. Jika ada mana-mana orang Islam yang membunuh mereka, maka hukumannya hendaklah dibunuh balas.

4. Kehormatan orang yang bukan Islam adalah terpelihara dalam negara Islam. Mayat dan tulang-temulang orang yang bukan Islam hendaklah dihormati seperti juga mayat orang Islam. Jenazah orang yang bukan Islam perlu dihormati.

5. Musuh-musuh Islam yang ditawan dalam peperangan berhak mendapat layanan yang adil dari pemerintah Islam. Mereka tidak boleh didera dan dibunuh sewenang-wenangnya, kecuali yang jelas merbahaya kepada negara Islam dan umatnya.

6. Rumah orang yang bukan Islam tidak boleh dicerobohi dan harta bendanya tidak boleh dicuri dan dirampas sewenang-wenangnya.

7. Orang yang bukan Islam berhak membuat permohonan kepada negara Islam bagi mendapatkan hak perlindungan politik sebagaimana orang Islam yang berada di negara bukan Islam berhak membuat permohonan berkenaan kepada mana-mana negara Islam.

8. Orang bukan Islam berhak mengadakan perhimpunan secara aman dan berhak menubuhkan persatuannya sendiri.

9. Orang yang bukan Islam mempunyai hak untuk menyatakan pendapat dan pendiriannya masing-masing, malah mereka mempunyai hak dalam berpolitik bagi membela nasib kaum mereka sendiri.

10. Orang bukan Islam berhak menjalankan perniagan secara bebas dalam negara Islam asal sahaja bentuk perniagaan itu tidak mengandungi jualan yang boleh merosakkan negara seperti dadah dan sebagainya.

11. Orang bukan Islam mempunyai hak dalam memegang jawatan dalam perkhidmatamn awam yang berkaitan dengan perkara duniawi dan tidak menyentuh tentang perkara agama Islam.

12. Orang yang bukan Islam yang terlampau miskin berhak mendapat bantuan kewangan dari pihak berkuasa negara Islam sebagaimana yang diputuskan oleh Saidina Umar ra. di zaman pemerintahannya.

13. Orang bukan Islam berhak mendapat rawatan kesihatan dan hak jaminan sosial dari kerajaan Islam.

14. Orang yang bukan Islam tidak boleh dipaksa melibatkan diri dalam angkatan tentera negara Islam, kerana dengan membayar cukai jizyah mereka berhak mendapat perlindungan dari kerajaan. Bagaimanapun jika mereka secara sukarela memasuki perkhidmatan angkatan tentera Islam, ia sangat dialu-alukan. Kerana dengan cara ini ia dapat berbakti kepada tanah air tempat ia menetap. 

Orang-orang yang bukan Islam juga dikehendaki melaksanakan hak yang wajib mereka laksanakan terhadap negara Islam iaitu:
1. Mereka hendaklah melakukan perkara yang boleh menyumbangkan pada kesejahteraan masyarakat dan negara yang dihuninya.

2. Mereka tidak boleh melakukan sesuatu tindakan yang membahayakan negara Islam dan perbuatan yang menimbulkan rasa tidak senang orang Islam. Contohnya mereka tidak boleh membuka kedai arak dan kawasan ternakan babi di kawasan perumahan orang-orang Islam.

3. Orang yang bukan Islam dilarang menghina dan mencerca sebarang tokoh Islam sekalipun mereka tidak mempercayai dan menganuti Islam, malah mereka dituntut supaya menghormati pegangan orang Islam dan apa sahaja yang dimuliakan oleh orang Islam.

4. Orang-orang bukan Islam tidak boleh memberontak menentang negara Islam atau mementingkan diri sendiri sahaja dengan menimbulkan perkara yang mencetuskan huru-hara dalam masyarakat. Mereka tidak boleh bersama dengan golongan yang suka menyebarkan fitnah dalam negara Islam.

5. Mereka mesti mematuhi dan menghormati undang-undang yang dilaksanakan oleh negara Islam iaitu undang-undang yang bertujuan mengawal peraturan dan kebajikan masyarakat.

P/S - Inilah antara hak yang berhak diterima oleh orang bukan Islam dalam sesebuah negara Islam dan hak yang perlu mereka laksanakan kepada negara Islam. Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, anda boleh mendapatkan buku yang bertajuk Non Muslim Under Shari’ah (Islamic Law) oleh A. Rahman. D.

My Love Reader's,

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

0 comments:

 
All Right Reserved To Me.Full Edit By NabilaMedan.