Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
! ✿Vertical Truth of 'Islam'✿ !: Ancaman Dan Manfaat Laman Sosial kepada Islam .

Ancaman Dan Manfaat Laman Sosial kepada Islam .


LATAR BELAKANG LAMAN RANGKAIAN SOSIAL
Rangkaian sosial (social network) adalah suatu struktur sosial yang terdiri daripada individu atau organisasi yang dihubungkan antara satu sama lain berasaskan persamaan atau ikatan tertentu contohnya seperti persahabatan, hobi, karier, cara hidup, kepercayaan, perkongsian ilmu atau kedudukan. (sumber : Wikipedia)
Tahukah anda bahawa Facebook, Youtube, Google, Blooger merupakan laman web rangkaian sosial yang mendapat ranking tertinggi di dunia umumnya dan di Malaysia khususnya? Sila rujuk fakta di bawah. Facebook Kini Laman Sosial Terpopular di Malaysia. Setelah sekian lama Friendster menjadi laman sosial popular di dunia, kini takhta tersebut diambil-alih oleh Facebook.
Rangkaian sosial Internet bermula pada sekitar tahun 1970an dengan kemunculan BBS, AOL (American Online) and CompuServe and menawarkan perkhidmatan chatting menggunakan teks. Para pengguna dihubungkan kepada satu sistem pusat menggunakan modem. Dengan kemunculan Internet pada sekitar tahun 80an, ia semakin popular dengan keupayaan berkongsi fails dan berita dan berkembang dengan pantas dalam tahun 90an apabila Yahoo dan Amazon menjual barangan melalui Internet.
Laman rangkaian sosial benar-benar memberikan impak dengan kemunculan Friendster (www.Friendster.com), rangkaian ‘kawan-kawan’ pada tahun 2002 dan hanya dalam masa setahun lebih ia telah berjaya menarik lebih 3 juta penguna berdaftar dan begitu banyak minat pelaburan.
Rangkaian social LinkedIn pula mengambil manaafaat daripada kesan Friendster dengan berorientasikan hubungan diantara orang yang mempunyai minat dalam kerjaya dan perniagaan. Sehingga kini LinkedIn telah berjaya mengumpulkan 30 juta pengguna berdaftar.
Twitter, diasasakan dalam tahun 2006 pula lebih kepada perhubungan pantas perkumpulan secara adhoc atau sampaikan berita secara pantas. Ia dikatakan menggabungkan fenomena SMS dan hubungan kumpulan social.
Blogger.com yang sebelumnya dikendalikan oleh Pyra Labs telah dibeli Google dalam tahun 2003 yang kemudiannya turut membeli Picasa dalam tahun 2004.  Blogger mempunyai enjin archive, post, comment tersedia untuk digunakan.
Facebook dilancarkan dalam tahun 2004 dan menjadi fenomena seluruh dunia apabila berjaya mengumpulkan lebih 150 juta pengguna berdaftar dalam masa beberapa tahun dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Faceebook diasaskan oleh sekumpulan pelajar di Universiti Harvard dan menjadi laman web kampus sehingga dibuka kepada orang-ramai pada tahun 2006. Ia dilihat begitu berjaya kerana mempromosikan kejujuran dan keterbukaan kepada peminatnya. Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008. Pengguna hanya perlu menjadi diri sendiri dan bebas menyatakan suara hati, aktiviti dan pendirian masing-masing.
Benarkan pengasas Facebook adalah Yahudi? Fakta berikut tidak dapat dinafikan:-
  1. Pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan daripada sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York. Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka.
  2. Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama
  3. Majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008. Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD 1.5 billion.
  4. Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi).
     
Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi di peringkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel.
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?
 Malaysia sendiri mempunyai beberapa laman sosial yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, seperti Ikon.my, friends2u dan juga Connection, namun ianya kurang mendapat perhatian dan sambutan.
Faktor populariti rangkaian sosial Internet
Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini. Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan. Justeru, ramai yang menyertai Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot.
Secara umumnya, kita boleh menyimpulkan rangkaian sosial internet begitu mendapat tempat kerana faktor-faktor berikut:-
  1. Faktor kejayaan teknologi Internet. Sejak diperkenalkan kepada masyarakat dunia dalam tahun 80an, Internet menjadi begitu Berjaya sehingga tidak diketahui berapa sebenarnya jumlah pengguna Internet di dunia.
  2. Cara hidup masa kini yang berorientasikan hiburan yang dipengaruhi cara hidup barat. Rata-rata manusia yang kekosongan jiwa mencari jalan menenangkan fikiran dan menghilangkan stress bekerja dengan bersosial dan bergosip sambil mendengar muzik, menonton video dan membelek gambar-gambar idola (biasanya artis). Ia menjadi alternatif kepada orang yang anti-sosial yang tidak gemar ke tempat hiburan untuk bersosial.
  3. Tempat orang muda (Generasi Y – yang lahir tahun 80an) bergaul dengan rakan-rakan dan mencari teman. Memiliki akaun facebook adalah satu perkara yang wajib. Golongan ini menjadi ketagih kepada facebook dan menghabiskan masa di depan computer sehingga 12 jam sehari.
  4. Medan bagi Generasi X - untuk bersosial dengan kenalan lama, kenalan baru, saudara-mara, dan dengan mereka yang mempunyai hobi yang sama. Perkongsian maklumat melalui imej, video, chatting, suara
  5. Medan perniagaan untuk promosi barangan kerana ia dikunjungi ramai.
  6. Laman rangkaian sosial juga telah mula digunakan oleh organisasi untuk menyampaikan maklumat, ideology, mencari peminat, mencari ahli seterusnya mencari penggerak.
  7. Tempat melakukan jenayah (ancaman, penipuan, penculikan, pencerobohan)
  8. Pencarian maklumat individu/organisasi
  9. Munculnya perkakasan telapak yang menyediakan aplikasi dipermudahkan untuk mengakses laman rangakaian sosial di mana penggunanya boleh sentiasa terhubung. (always on, connected and reachable  at anywhere, anytime and anyway)
Cabaran/Ancaman Laman Rangkaian sosial kepada Islam
Tidak dinafikan laman rangkaian sosial mengundangkan banyak kesan negative terutamanya kepada Islam walaupun dipercayai penganut Islam antara pengguna terbesarnya. Antara kes yang pernah dilaporkan adalah:-
Kes 1 : Masalah sosial dikalangan remaja
27/2/2010. Seorang murid perempuan sekolah rendah di Jakarta hilang dari rumah kerana mengikut teman lelaki yang dikenali melalui Facebook.  Bagaimanapun selepas dua hari hilang, murid perempuan itu ditemui oleh orang ramai dan diserahkan kepada ibu bapanya setelah kisah kehilangan murid berkenaan dihebahkan oleh sebuah stesen televisyen. Teman lelakinya baru berusia belasan tahun, ditangkap polis, namun akhirnya dia dibebaskan kerana ibu bapa gadis berkenaan menarik kembali laporan polis, setelah mendapati anaknya selamat dan tidak diapa-apakan.
Kes 2: Penyebaran sentimen anti Islam
Satu ruangan (pages) bertajuk ‘Everybody Draw Mohammed Day’ telah dibuka oleh seorang kartunis AS bernama Molly Norris yang bertujuan menunjukkan sokongan kepada sitcom animasi Amerika. Ruangan tersebut mengajak orang ramai melukis kartun Nabi Muhammad yang telah menarik peminat seramai 81,306. Ia telah mengundang kemarahan masyarakat Islam melalui ruangan dan juga kumpulan (groups) yang bejaya mengumpulkan lebih 100 ribu peminat dan ahli. Akhirnya Norris telah menyatakan kekesalan dan membuang ruangan tersebut daripada facebook.
Kes 3 : Mengancam hak beribadat orang Islam
16/6/2010. Satu kumpulan dalam Facebook di Perancis telah menganjurkan satu majlis anti Islam bertemakan “pork-sausage and booze”. Majlis ini diadakan pada hari Jumaat di hadapan sebuah masjid dengan pengikutnya meminum arak dan makan sosej babi bagi menunjukkan protest kepada orang Islam yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Majlis yang telah disertai 7000 orang itu bagaimanapun telah dihalang oleh polis.
Kes 4 : Kumpulan murtad
Kumpulan murtad “Apostates in Malaysia” telah dibuka di facebook bagi mengumpulkan orang-orang murtad di Malaysia. Ia tidak terbuka tetapi telah memiliki 20 ahli. ‘Apostates of Islam - We left Islam’ pula mengumpulkan seramai 194 ahli.
Kes 5 : Pengaruh terhadap minda kanak-kanak
Sebanyak 87 peratus kanak-kanak di Malaysia mengalami pengalaman negatif ketika melayari internet yang memberi kesan kuat terhadap emosi mereka. Kajian juga mendapati 46 peratus daripada golongan itu berasa marah selepas melihat kandungan dilayari, 45 peratus meluat, 42 peratus sedih, 40 peratus terkejut, 39 peratus berasa jijik dan 35 peratus takut. Kajian itu mendapati kanak-kanak meluangkan 19 jam melayari internet setiap minggu, sedangkan ibu bapa menganggap anak mereka hanya meluangkan masa itu 11 jam.
Rumusan itu diperoleh berdasarkan kajian Norton Online Family Report 2010 firma kajian pasaran bebas, The Leading Edge mewakili Symantec Corporation, membabitkan 452 dewasa berusia 18 tahun ke atas (termasuk 101 ibu bapa kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun dan 110 kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun.
Kes 6 : Intipan/perisikan terhadap maklumat
Pasukan perisikan Israel dipercayai menceroboh maklumat sulit orang ramai, terutama pengguna Arab dan Islam dalam Facebook bagi mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut. Pendedahan terbaru itu diperoleh menerusi sumber-sumber yang dipetik sebuah majalah, Israel Magazine, di Perancis. Pencerobohan maklumat peribadi dalam laman web jaringan sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak pemikiran mereka. Aktiviti risikan Israel itu dibongkar pada Mei 2001, kata profesor psikologi di Universiti Provence, Gerrard Niroux.
Hamas pula telah dilaporkan mengharamakan penggunaan facebook oleh masyarakat Gaza kerana dipercayai Israel menggunakannya untuk membuat risikan maklumat.
Kes 7 : Serangan bentuk elektronik
Baru-baru ini Iran telah melancarkan ‘Intifada media’ ke atas Israel apabila Facebook kumpulan Hamas telah dibuang daripada Facebook. Facebook juga telah menyekat ruangan peminat para pemimpin Hamas seperti PM Palestine, Ismail Haniyah dan Khaled Mashaal yang mencecah lebih 30000 peminat.
Bagaimana rangkaian sosial boleh dimanafaatkan untuk tujuan dakwah?
Bagaimanapun disebalik semua ancaman di atas, masih ada manafaatnya untuk tujuan dakwah. Tidak boleh kita nafikan bahawa dakwah tidak lagi boleh terbatas secara lokaliti dengan sasaran mengikut golongan, tempat dan masa tertentu. Tetapi ia perlu melangkau setiap masa, setiap golongan dan di mana-mana. Bagi memenuhi keperluan ini, maka laman rangkaian sosial adalah medan yang paling sesuai.  Laman rangkaian sosial boleh dimanafaatkan dengan cara berikut:-
  1. Pendakwah buka akaun dan buka keahlian peminat, sampaikan ilmu – ust zahzan,ust zaharuddin
  2. Seruan sokongan terhadap sesuatu isu/kempen, we love islam
  3. Perkongsian ilmu, saifulislam
  4. Reaksi terhadap serangan
  5. Alternatif kepada hiburan yang melalaikan, maher zain
Dakwah perlu disebarkan tanpa sempadan lokasi, masa usia dan lapisan masyarakat. Dengan hanya menghantar sepotong hadis dan huraian ringkas melalui computer riba di rumah atau telefon bimbit di, ia boleh sampai ke beratus orang berbanding dalam bilik kuliah dewan seminar.
PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL DALAM GERAKAN ISLAM
Sumber facebook : 18/7
Apa yang diperlukan oleh sebuah gerakan Islam ? Antaranya :-
1.Dana
2.Pengerak/tenaga
3.Mekanisme hebahan/menyatakan pendirian
4.Menyebarkan ideologi/misi/visi/objektif
5.Menghebahkan kredibiliti pemimpin
6.Sokongan/simpati
Laman rangkaian sosial boleh digunakan oleh gerakan Islam untuk memenuhi kehendak di atas.
Etika dalam menyertai laman rangkaian sosial
Rangkaian social adalah fenomena yang tidak dapat dielakkan. Oleh pendapat saya, langkah untuk mengharamkannya secara total adalah tidak wajar. MAJLIS Ulama Indonesia pernah mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya tidak wajar. Walaubagaimanapun ia perlu dikawal dalam apa jua bentuk.
 Laman rangkaian sosial terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran.
Rangkaian sosial boleh dimanafaatkan dalam bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.
Isu sebenar adalah bagaimana kita menggunakannya. Jika kita gunakan untuk kebaikan, ia akan memberi kebaikan kepada kita. Jika kita gunakan pedang untuk ‘membunuh’, ia memang akan ‘membunuh’. Kita yang menentukan kegunaan ‘facebook’ ataupun ‘teknologi’ tersebut. Mengharamkan atau menidakkan kemudahan, kita tidak merebut ‘peluang’ yang ada. Sama seperti komputer, ‘garbage in, garbage out’.

Kertas ini dibentangkan dalam program Wacana Ilmu

Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor Pada 18/7/2010
Dapatkan kertas penuh di www.pumselangor.org




Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

0 comments:

 
All Right Reserved To Me.Full Edit By NabilaMedan.