Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
! ✿Vertical Truth of 'Islam'✿ !: June 2012

6 Kelebihan Hari Jumaat (Menarik!)

Solat jumaat merupakan solat yang digantikan pada waktu Zuhur pada hari Jumaat. Namun ramai yang mengeluh dan seperti malas mahu ke masjid menunaikan solat Jumaat.  Tahukah anda bahawa hari jumaat ini sebenarnya mempunyai banyak peristiwa yang berlaku. Selain itu terdapat juga kelebihan hari jumaat ini. Jom baca apakah kelebihan hari jumaat di bawah ini.\


1. Berlakunya Hari Qiamat.

Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:

“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :

“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.

Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu Segala Hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.

Menurut Rasulullah SAW:

“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:

“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)

Sabda Rasulullah SAW lagi :

“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

P/S - Banyak kelebihan yang Allah berikan kepada kita. Jumaat memang penghulu segali hari yang mana ia merupakan hari bagi umat manusia berhimpunan di suatu tempat seperti masjid. Antara kelebihan yang perlu kita kejar adalah berdoa di antara dua khutbah.

My Love Reader's,

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

Ilmu Itu Cahaya, Jahil Itu Bahaya.


JANGAN BANGGA DAN SOMBONG, MERASA DIRI HEBAT!

Di akhir zaman ini ramai dari kalangan ahli abid (mereka yang banyak amal ibadahnya) tertipu dengan banyaknya ibadah yang telah mereka lakukan. Perkara ini terjadi apabila si ahli abid melakukan setiap ibadah yang dikerjakannya tanpa merasakan perbuatan dan amalannya itu adalah dengan izin dan rahmat Allah jua. Tanpa keizinan Allah, tanpa rahmat dan kasih sayang Allah serta tanpa kudrat dan Iradah dari Allah SWT, kita semua lemah tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau tidak kerana Allah SWT yang telah mengizinkan, jangan kata hendak menggerakkan lidah, malah duduk, bangun, rukuí, dan sujud menyembah Allah SWT pun kita tidak akan mampu lakukan.

Maka patutkah kita merasa bangga dan sombong serta merasa hebat sekiranya kita berjaya dan berkebolehan dalam melaksanakan sesuatu amalan? Kalau kita mampu untuk bangun malam beribadah dan banyak melakukan solat sunat hingga kita menjadi abid, siapakah yang hebat? Kita hebatkah atau Allah yang hebat? Tentulah Allah yang hebat kerana Allah telah memberikan kita kemampuan untuk beribadah, kalau kita bersolat, berpuasa, menutup aurat, mampu menulis artikel, punya pangkat dan darjat, memandu dan menunggang kereta atau motosikal atau sebagainya, apakah itu semua keupayaan kita? Tidak sama sekali! Semua itu adalah dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Subhanallah! Tanpa sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah tentu kita akan ingkar dan sesat sepertimana orang kafir tanpa kita sedari. Maka sentiasalah kita melahirkan rasa syukur kepadaNya.

WANG YANG SAMA : NILAI BERTUKAR MENGIKUT TEMPAT

Ingatlah, wahai pembaca yang budiman, sekiranya kita angkuh, riak (menunjuk-nunjuk), ujub (merasa bangga diri) dan takabur (sombong dengan nikmatNya) dengan apa yang ada pada kita, tidak mustahil suatu hari nanti Allah SWT akan menarik semula nikmat-nikmatNya yang telah dikurniakan kepada kita. Katalah ketika ini kita tergolong di dalam golongan orang yang berharta, kaya raya, harta melimpah ruah lalu kita tidak sedar diri (takabur). Kononnya kitalah manusia yang paling mewah dan kaya raya di dunia ini. Hasil dari sifat takabur dan angkuh itu sudah tentu kita menjadi seorang yang kedekut, bakhil, tamak dengan harta.

Sepuluh sen untuk membantu anak-anak yatim dan fakir miskin pun difikir seribu kali. Di kedai atau supermarket, lima puluh ringgit itu terlalu kecil nilainya, kenalah bawa sekurang-kurangnya dua ratus ringgit, itu pun baru syarat minima. Berbeza pula dengan situasi apabila diusung kotak tertera DERMA AMAL PALESTIN atau DERMA UNTUK ANAK YATIM lantas nilai lima puluh ringgit itu berubah menjadi nilai yang terlalu besar, seperti satu ribu ringgit. Jika di tangan hanya terdapat wang kertas bernilai lima puluh ringgit, mulalah hati berbisik: Tak ada duitlah nak derma, atau lalu mulut berkata: Ala! Tak bawa duitlah syeikh! Lain kalilah!.

ILMU : MENINGGIKAN DARJAT, JUGA BOLEH MENURUNKAN MARTABAT

Harta itu hanya pinjaman Allah, sekelip mata sahaja Allah boleh papa kedanakan si kaya yang sombong. Andai kata seseorang itu dikurniakan ilmu kepadanya sehingga dengan ilmunya itu jadilah dia seorang yang terkenal atau dikenali ramai, disanjung, dan dipuja maka mulalah penyakit hati menyerang jantung kalbunya. Jadilah dia seorang ahli ilmu yang bongkak, rasa diri lebih; lebih bijak dari orang lain, pandangan dan pendapat orang lain semuanya salah, pandangannya sajalah yang tepat dan betul!

Walaupun kita menjadi seorang alim ulama' atau penulis artikel mahupun sesiapa sahaja semuanya tidak membuktikan kehebatan kita, bukan juga kepandaian dan kepintaran kita, tetapi semuanya adalah pinjaman daripada Allah SWT semata-mata. Malah ilmu itu satu amanah daripada Allah SWT, di akhirat kelak Allah akan persoalkan kepada kita:

Ilmu yang penuh di dalam dadamu wahai hambaku, ke manakah kamu salurkan? Adakah untuk mengajak manusia menyembah Aku atau dengan ilmu itu engkau menyesatkan dirimu juga orang lain?.
ATAU...
Alangkah malangnya ketika itu sekiranya jawapan yang kita persembahkan kepada Allah SWT (kerana di akhirat nanti tidak boleh lagi untuk kita berbohong dan berselindung apa-apa pun daripada Allah SWT):

Tuhanku, aku gunakan ilmu yang Engkau kurniakan untukku dahulu ke jalan kemurkaanMu, dengan ilmu itu aku ambil peluang kemewahan, memandang rendah dan hina pada si jahil yang sepatutnya aku yang bertanggungjawab membasmi kejahilan di dada hamba-hambaMu, semakin aku lupa padaMu, semakin aku ego, sombong dan rasa diriku tuan, malah bila orang lain sesekali buat kesalahan, aku hukum mereka, seolah-olah aku Tuhan.

MERASAKAN DIRI LEBIH BANYAK DOSA DARI AMALAN

Maka menangislah golongan ahli ilmu yang tertipu dengan ilmunya itu. Menurut Matan Zubat: Ahli ilmu yang fasik akan dibenci oleh Allah dan akan dihumbankan ke dalam lubuk neraka lebih dahulu daripada orang kafir penyembah berhala. Wal 'iyazubillah.

Alangkah beruntungnya ketika Allah SWT minta pengakuan dari hambanya di padang Mahsyar kelak kita dapat menjawab sekurang-kurangnya begini:

Wahai Tuhanku, sesungguhnya dengan ilmu yang Engkau kurniakan padaku, kugunakan sebaik-baik penggunaan. Aku mengajak manusia yang jahil ke arah kebenaran, aku menyeru umat manusia agar menyembahMu, sujud syukur pada-Mu, aku mengajak manusia beriman padaMu, pada Rasul-Mu dan pada hari kemudian, pada syurga dan nerakaMu, ku ajak lagi manusia agar berfikir tentang keagungan dan kehebatanMu menjadikan alam yang luas terbentang itu......

Begitulah jawapan orang yang alim yang terpimpin lagi dikasihi oleh Allah SWT. Semakin berilmu semakin dia merendah diri, semakin ia merasakan dirinya lebih banyak dosa kalau hendak dibandingkan dengan orang lain, seringkali juga merasakan dirinya tiada apa-apa nilainya, yang ada hanya seribu kelemahan dan kekurangan. Inilah resam padi, makin berisi, semakin tunduk ke bawah. Selamatlah golongan ini. Ilmu yang beginilah yang dikatakan membawa cahaya kepada mereka yang berilmu. Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang insan yang sedang teraba-raba dalam kegelapan.

Seperti kata Imam As-Syafie: "Semakin banyak ilmuku, semakinku insafi diri, bahawa terlalu banyak yang aku tidak ketahui..."

LUBUK NERAKA YANG TERBAWAH SEKALI

Ilmu sepatutnya mengajak manusia untuk mengenal dan mentauhidkan Allah. Semakin dalam ilmu yang dipelajari semakin ëdalamí pula lupanya kepada Allah, semakin tinggi ilmunya semakin ia kufur dengan Allah. Tanda ilmu itu tidak berkat, semakin kita menuntut ilmu, semakin angkuh dan sombong pula empunya diri, sama ada dengan Allah mahupun sesama manusia. Semakin berilmu semakin rasa diri hebat, tidak langsung merasa hebatnya Allah SWT. Semakin menuntut ilmu, penyakit hati semakin tebal bersarang dalam dada seperti sombong, ego, riak, ujub, takabur, merasa diri mulia, memandang rendah pada orang lain dan sebagainya.

Andai kata kita tidak sempat bertaubat sedangkan dalam diri kita penuh dengan penyakit-penyakit hati itu, ingatlah tempat yang selayaknya adalah lubuk neraka yang terbawah sekali. Lebih berat lagi para alim ulama' yang tidak beramal dengan ilmunya dan tidak menyampaikan ilmu yang ada di dalam dadanya; pasti akan mendapat laknat Allah. Mereka masuk neraka lebih dahulu dari penyembah berhala. Marilah bersama-sama kita berdoa agar kita semua menjadi ahli ilmu yang bakal menerangi alam fana ini dengan cahaya ilmu yang kita pelajari. Jauh sekali untuk merasa bangga dengan ilmu yang ada, malah sedar jika kita merasa diri hebat, pasti ada yang lebih hebat.

Sematkan dalam dada dan hati: "Aku akan membasmi kejahilan kerana kejahilan itu bahaya dan mampu menjerumuskan diriku ke dalam neraka dan mampu juga menghancurkan perpaduan umat Islam di dunia ini."

KESIMPULAN

Perlu kita beringat bahawa ilmu dunia sahaja tidak mampu untuk kita memiliki tempat di syurga Allah SWT, seandainya tidak ditunjangi dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Perlu juga kita dalami risalah yang Allah SWT sampaikan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian, ilmu itu adalah nur (cahaya), yang menyinari hati yang putih bersih dan bukannya hati yang hitam tebal dengan maksiat. Hati yang bersih pula tidak kita perolehi dengan begitu mudah. Untuk memilikinya perlu ada usaha yang berterusan yakni istiqamah dengan amal kebaikan dan menjauhi kemungkaran yang dihujani dengan kesabaran serta digauli dengan keikhlasan.

Memang mudah untuk penulis nukilkan untuk jadi bahan bacaan buat sahabat-sahabat sekalian. Peringatan buat diri sebagai penulis dan buat pembaca kesemuanya. Hidayah datangnya daripada Allah, kita memohon daripadaNya. Selain berdoa, dengan berfikir (dan beringat) maka InsyaAllah hidayahNya akan kunjung tiba yakni sebagai usaha sebagai seorang hamba.

Ilmu itu kalam ilahi, membawa jalan menuju syurgawi, andai terbuka jalan yang hitam, cepat-cepatlah insafi diri.

Wallahuíalam.


My Love Reader's,

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Di Akhirat.

Sebagai seorang manusia, hari akhirat adalah merupakan hari pengadilan. Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu. Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:
“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu:
  • Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.
  • Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya
  • . Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
  • Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
  • . Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
  • Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
  • . Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
  • Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata
  • : “Aku takut kepada Allah!” Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
  • Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
  • . Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.
  •  Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

My Love Reader's,
Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

19 Keistemewaan Wanita Berbanding Lelaki

Tanpa wanita, lelaki takkan dilahirkan (kecuali Nabi Adam) dan tanpa wanita juga, tiada lelaki yang berjaya. Betul ke? Jom kita ketahui 19 keistimewaan wanita berbanding lelaki. Semoga semua wanita berasa bangga dan bertambah semangat untuk menjadi wanita yang solehah yang akan masuk ke syurga dengan mudah. InsyaAllah.
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Wallahualam.


My Love Reader's,
Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

Hanya Khilafah Saja, Sistem Pemerintahan Islam Yang Wajib Diperjuangkan



Mesir

Seiring dengan pembukaan pintu pencalonan untuk pilihan raya presiden di Mesir, selepas tumbangnya presiden diktator, ramai orang dari kaum Muslim segera berusaha masuk dalam kancah persaingan merebut jawatan presiden.

Untuk jabatan itu sebahagian orang yang mempunyai niat yang baik, maju dan terus maju untuk merebut jawatan itu. Begitu pula banyak orang yang tidak mempunyai niat baik, terutama semua bekas orang rejim lama yang bekerja bersama dan di bawah payung rejim diktator lama.

Mereka berkongsi dengan rejim lama dalam semua aksi-aksinya untuk menghancurkan Islam dan kaum Muslim dan menundukkan Mesir dan menggadaikannya untuk melaksanakan rencana-rencana Amerika dan Yahudi. Kami mengarahkan kenyataan ini untuk membebaskan diri di hadapan Allah SWT dan sebagai alasan kepada Allah SWT atas dosa yang dilakukan oleh calon-calon semuanya, baik mereka yang menawarkan diri mereka kepada warga Mesir sebagai seorang aktivis "Islami" atau yang bukan. Demikian juga kenyataan ini kami sampaikan kepada seluruh umat kami yang mulia di bumi Mesir al-Kinanah, yang kepada calon-calon itu, mereka gantungkan harapan mereka tentang penerapan syariah Allah dan harapan mereka akan kehidupan yang mulia dan bermaruah serta tentang keadilan yang meliputi seluruh bumi al -Kinanah.

Wahai kaum muslimin, wahai warga Mesir al-Kinanah:

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran al-Karim:
Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. (Surah al-Maidah [5]: 3)

Allah SWT berfirman:
Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. (Surah an-Nahl [16]: 89)

Allah SWT juga berfirman:
Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah swt, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (Surah al-Maidah [5]: 44)

Rasulullah SAW bersabda:
Dahulu Bani Israel urusan mereka dipelihara oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal digantikan oleh nabi dan tidak ada nabi setelahku. Akan tetapi akan ada para khalifah dan mereka itu banyak. Mereka (para sahabat) berkata: "lalu apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Rasul bersabda: "penuhilah baiat yang pertama lalu yang pertama dan beri mereka hak mereka. Sesungguhnya Allah meminta pertanggungjawaban mereka atas pemeliharan mereka.

Rasulullah SAW bersabda:
Siapa saja yang melepaskan tangan dari ketaatan nescaya ia menjumpai Allah pada Hari Kiamat kelak tanpa mempunyai hujah. Dan siapa saja yang mati sementara di pundaknya tidak ada baiat, maka ia mati seperti kematian jahiliyah.

Rasulullah SAW juga bersabda:
Jika dibaiat dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.

Rasulullah SAW bersabda:
Siapa saja yang mendatangi kalian sementara urusan kalian berhimpun atas satu orang laki-laki, orang yang datang itu ingin mencerai-beraikan persatuan kamu dan memecah-belah jamaah kalian maka penggallah lehernya siapapun dia

khilafah
Jadi hukum syara' yang ada adalah wajibnya mengangkat seorang khalifah untuk kaum muslim dan wajibnya kaum muslim mempunyai satu negara iaitu Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global. Penguatkuasaan sistem pemerintahan di atas asas inilah yang diketahui oleh kaum muslim dalam tempoh lebih dari seribu tiga ratus tahun. 

Dan itulah yang diberitagembirakan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda bersabda:
Kemudian ada Khilafah yang berjalan di atas manhaj kenabian.

Lalu apakah setelah semua kesempurnaan di dalam Islam kita akan berjalan sebagai haiwan-haiwan ternak menuju sistem pemerintahan demokrasi barat yang rosak buatan manusia dan kita meninggalkan perkara agung yang diperintahkan oleh Allah untuk menghimpun umat Islam di dalam satu negara di bawah satu sistem pemerintahan, agar hal itu dibiarkan mengikuti hawa nafsu dan pandangan dan pertentangan kepentingan antara manusia?

Wahai kaum Muslim, wahai warga Mesir al-Kinanah:

Wajibnya penguatkuasaan Khilafah dan perjuangan untuk mewujudkannya mempunyai perkara yang sudah ma'lumun minad din bidh dharurah. Sedangkan sistem pemerintahan lain, terutama sistem republik yang memerintah bumi al-Kinanah sekarang, dan yang manusia bersaing untuk memimpinnya, maka itu adalah sistem kufur yang dibina di atas selain akidah Islamiyah. Sebab dia dibina diatas asas akidah kapitalisme, akidah sekularisme, pemisahan agama dari kehidupan. 

Jadi sistem republik itu merupakan sistem yang tegak di atas undang-undang rakyat untuk diri mereka sendiri. Rakyat adalah pemilik kedaulatan dalam membuat undang-undang dan peraturan melalui suara majoriti tanpa mengira apakah halal atau haram. Legalitas dalam sistem ini adalah apa yang diputuskan oleh majoriti dari rakyat. 

Oleh kerana itu disebut "sistem republik", baik republik parlimen di mana kuasa pemerintahan ada pada perdana menteri dan bukan menjadi milik presiden; ataupun republik presiden di mana presiden mempunyai kuasa pemerintahan, bukan perdana menteri, atau campuran antara presiden dan perdana menteri sesuai kuasa yang mereka hadkan ... Kerana itu, sistem republik itu merupakan sistem yang tidak memerintah sesuai dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah sehingga sistem republik itu merupakan sistem kufur. Kaum muslim haram mengambilnya sebagaimana juga haram menjaganya meski hanya sebentar. Lalu untuk apa kita berupaya untuk menduduki jawatan itu! 

Allah SWT berfirman:
Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (Surah an-Nisa '[4]: 65)

Allah SWT berfirman:
Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan oleh Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Maidah [5]: 49)

Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia. Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati) mu, nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka, (Surah al-Isra '[17]: 73-74)

Wahai kaum muslim, wahai warga Mesir al-Kinanah:

Sistem republik ini adalah sistem sekular demokratik, meski menggunakan serba sedikit tentang Islam atau memakai rujukan islami seperti yang mereka ceritakan hari ini seraya menyembunyikan wajah celanya. Disamping itu, sistem itu sendiri adalah sistem sama yang menimpakan bencana kepada anda selama lebih dari enam puluh tahun, bahkan menjerumuskan semua orang yang hidup di negeri kaum muslim ke jurang kerendahan, kehinaan dan ketundukan kepada barat kafir melalui tangan para agen dan presiden republik ini.

Wahai kaum muslim, wahai warga Mesir al-Kinanah:

Sesungguhnya Khilafah adalah sistem pemerintahan di dalam Islam yang disyariatkan oleh Tuhan Aemesta alam. Kaum Muslim tidak mengenal selainnya. Kaum Muslim tidak menyimpang darinya sedikitpun. Khilafah itu merupakan jalan satu-satunya untuk menerapkan syariah Allah secara sempurna dan menyeluruh di dalam kehidupan. Dengan Khilafah Islam boleh dilaksanakan sebagai dakwah ke seluruh dunia dengan dakwah dan jihad. Khilafah merupakan jalan satu-satunya untuk mewujudkan kesatuan kaum Muslim, kemuliaan, kekuatan dan meluasnya keadilan di tengah-tengah mereka dan di tengah-tengah seluruh manusia.

Kepada hal itulah, Hizbut Tahrir menyeru anda untuk berjuang bersamanya demi tegaknya Khilafah dan demi meraih keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Hizbut Tahrir memberi amaran kepada anda dari konspirasi terhadap anda untuk menipu anda yang dilakukan oleh rejim yang belum tumbang bahkan mengepung revolusi. Dan jadikanlah revolusi ini sebagai revolusi yang sampai pada tegaknya al-Khilafah.

Maka barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta ". (QS Thaha [20]: 123-124)


Sumber :http://hizbut-tahrir.or.id/2012/04/03/hanya-al-khilafah-saja-sistem-pemerintahan-dalam-islam-yang-wajib-diperjuangkan/

My Love Reader's,
Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

Allah Memberi Jaminan , Laksanakan Undang-Undang Islam Negara Pasti Aman



Undang-undang Islam sudah pernah dilaksanakan di Malaysia suatu ketika dahulu. Tetapi ianya mula tenggelam akibat penjajahan British , di mana British telah merombaknya dan menggantikannya dengan Undang-undang British, sampai lah sekarang.

Dan Undang-undang Islam masih tidak dapat dilaksanakan sekarang walaupun di negeri Kelantan kerana kita semua masih tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan @ Undang-undang British ini. Untuk meminda sesuatu undang-undang di dalamnya, perlukan kepada sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat.

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Dia telah merangka satu sistem yang amat sempurna untuk hamba-hambaNya. Dia memahami setiap jiwa dan raga di muka bumi ini. Nelayan, petani, polis, peniaga, guru, mekanik dan sebagainya mempunyai hati dan perasaan. Semuanya perlukan kepada satu sistem yang sempurna. Dan tiada yang lebih sempurna melainkan apa yang Allah S.w.t telah amanahkan kepada kita supaya melakukannya.

Tetapi nampaknya kini kita masih lagi mengagungkan Undang-undang dan sistem British, sehinggakan Mahkamah Sivil lebih tinggi kedudukannya dari Mahkamah Syariah. Sedangkan AlQuran sudah sebut tentang kebaikan mengagungkan undang-undang dari Allah S.w.t.

Dan barangsiapa yang mengagungkan peraturan-peraturan suci dari Allah, maka itulah yang terbaik baginya di sisi Tuhannya.” Surah al-Haj : Ayat 30


لَحَدٌّ يُقَامُ فِيْ الأَرْضِ أَحَبُّ إِلَى أَهْلِهَا مِنْ أَنْ يُمْطَرُوْا ثَلاَثِيْنَ صَبَاحًا


"Hukum Hudud yang dilaksanakan di muka bumi adalah lebih baik bagi penduduk bumi dari mereka diberi hujan tiga puluh pagi."  (Hadith Riwayat An-Nasa-ie , dari Abu Hurairah , Sahih Ibnu Majah no; 2057, Ibnu Majah 2/848 no : 2538)

Saya tertarik dengan temuramah akhbar Harakah yang terbaru dengan Datuk Dr Haron Din , di bawah tajuk 'Sekat fitnah dengan syariat Islam'. Berikut saya kutip sedikit darinya.

Ingin saya jelaskan terlebih dahulu bahawa syariat Islam ini didatangkan Allah kepada manusia untuk menangani dan mengatasi lima perkara utama yang diistilahkan sebagai al-kulliyyatul khamsah atau disebutkan juga sebagai maqasid as-syariah. Tujuan syariat itu diturunkan kepada manusia iaitu untuk menjaga agama, akal, maruah atau jatidiri, keturunan dan harta manusia.

Dalam kes kita ini termasuk dalam hal menjaga maruah atau keperibadian. Untuk inilah maka antaranya syariat turun ada kesalahan yang dipanggil sebagai zina (termasuk liwat), qazaf atau menuduh orang lain melakukan zina. Sekiranya hal-hal moral yang kita bincangkan ini tidak dilaksanakan maka tiada jaminan untuk kita dapat atasi masalah moral. Tapi kalau kita atasinya dengan syariah maka sudah ada suatu jaminan Allah dalam al-Quran kalau dalam kes zina sebagai contoh yang bermaksud : Janganlah kamu merasakan dengan sebarang keberatan ataupun kasihan kepada orang yang sabit melakukan kesalahan moral seperti zina, atau tuduh zina ini dalam melaksanakan hukum Allah.

Tujuannya mudah sahaja iaitu itulah hukuman sebagai balasan yang setimpal atas kesalahan yang mereka lakukan dan Allah menjanjikan untuk melarang dan mencegah agar ianya tidak berlaku lagi kesalahan yang seperti itu. Apabila Allah menjanjikan bahawa ia akan melakukan, ianya ditamatkan ayat itu dengan Allah itu maha perkasa lagi maha bijaksana. Perkasa - dia mampu melakukan apa sahaja. Bijaksana - Dia tahu apa yang menjadi ubat kepada setiap penyakit dalam masyarakat.

Sebab itu maka tiada cara yang lebih berkesan daripada menggunakan syariat dan undang-undang Allah bagi menangani isu yang sedang kita hadapi sekarang ini bagi menjamin kestabilan masyarakat untuk masa depan. [Datuk Dr Haron Din]

Sememangnya tajuk Hukum Hudud dan Qisas terdapat dalam pelajaran feqah / syariah. Tetapi kita mesti tahu juga, kesemuanya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kalau kita hanya mengamalkan syariah tetapi tidak mempunyai pegangan / aqidah, ibaratnya seperti kosong juga. Sama seperti kita beriman dengan rukun-rukun iman, tetapi tidak melaksanakan secara feqahnya, maka 2 kali 5 lah tu. Iman tanpa Islam tidak diterima, begitu juga Islam tanpa iman, kedua-duanya saling berkait rapat dan mesti teguh belaka.

Terlebih dahulu mari kita fikir, beriman dengan AlQuran adalah termasuk dalam salah satu rukun iman. Adakah beriman dengan AlQuran itu dengan semata-mata mengatakan aku sudah beriman dan percaya kepada AlQuran, sedangkan kandungannya kita tidak akui dan terima kesemuanya? Maka adalah hukum hudud, qisas dan lain-lain ternyata terkandung dalam AlQuran dan banyak kali diulang-ulang, tetapi mengapa kita masih menyisihkannya?

Kita mengatakan Allah Maha Bijaksana, tetapi mengapa kita mengatakan Hukum / Undang-undang Penjajah lebih relevan dari Undang-undang Allah sekarang ini? Kononnya Undang-undang Allah tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk dan moden ini. Tidak nampakkah kita ianya melibatkan soal aqidah kita? Jika kita mengatakan Allah itu Maha Bijaksana, bermakna sepatutnya kita juga mengatakan semua perintah Allah itu adalah amat Bijaksana dan relevan sepanjang masa sehingga ke hari kiamat. Mengapa relevan hingga ke hari kiamat? Kerana Islam sudah sempurna termasuklah undang-undang yang diperintahkan agar kita melaksanakannya.

Firman Allah yang bermaksud, “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan ke atas kamu nikmatKu dan Aku redha bagi kamu Islam itu sebagai agama (dasar) dan pegangan hidupmu.” Surah Al-Maidah : Ayat 3

FirmanNya lagi yang bermaksud “Dan telah sempurnalah wahyu Tuhanmu itu dari sudut kebenaran dan keadilan, tidak ada penukaran atau gantian kepada wahyu itu. Allah Subhanahu wa Ta’ala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-An’aam : Ayat 115

Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu.” Surah Al-Baqarah : Ayat 99

Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim.” Surah An-Nahl : Ayat 89

Islam telah sempurna TERMASUKlah dalam soal undang-undang sebuah negara. Semuanya itu telah ditunjukkan dan diamalkan sendiri oleh Rasulullah S.a.w dan para sahabat yang mulia. Teramat banyak kandungan tentang undang-undang yang telah tercatat dalam Sejarah Islam tetapi telah dipinggirkan sekarang dan lebih diutamakan Law of Enactment British hasil ciptaan Sir Lord Reid.

Di mana keyakinan kita terhadap kebenaran dan kemuliaan AlQuran jika sekiranya hukum-hukum yang terkandung di dalamnya kita anggap tidak relevan? Tak nampak lagikah bahawa ianya bersangkut paut dengan AQIDAH kita? Bersangkut paut dengan keimanan kita terhadap AlQuran yang Mulia? Mengapa kita hanya pandai mengucapkan beriman kepada AlQuran di bibir tetapi tidak meyakini dengan kandungannya? Adakah sekadar kita tidak mahu orang mengatakan kita tidak beriman kepada AlQuran? Sekadar mahu mengambil hati manusia dan berpura-pura?  Itu sudah termasuk dalam bab riya'.


Negara akan aman jika Undang-undang Islam dilaksanakan

“Dan dalam Qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah : Ayat 179)

Jika sekiranya kita betul-betul menjalankan Undang-undang Islam secara menyeluruh, maka kita rangka lah secara beransur-ansur. Dan tujukan hanya kepada orang-orang Islam buat permulaannya (daripada tidak jalankan langsung). Contohnya berzina mesti dikenakan hukuman sebat 100 kali sebatan di depan orang ramai. Agar menjadi pengajaran kepada orang lain dan orang tidak akan berani lagi untuk berzina. Insya Allah nanti tiada lah anak haram yang lahir, tiada lagi kes-kes buang anak, tiada lagi rogol perkosa anak dara orang dan sebagainya. Tak ke aman tuuuuu?

Jika mengikut undang-undang yang ada sekarang, orang berzina hanya dihukum denda atau penjara. Dan bukan dilakukan di hadapan khalayak ramai. Maka yang kaya tidak takut lah untuk mengulanginya, apa lagi orang ramai pun tidak tahu. Maka apa takutnya untuk mengulang lagi?

Jika pencuri dihukum kerat tangan, maka siapa lah yang berani untuk MENCURI? Anda boleh tinggalkan rumah , kedai dan kenderaan anda tanpa perlu dikunci pun, tidak kah aman tuu? Tetapi sekarang ini, nak tinggalkan motosikal di tempat parking sekejap pun sudah resah gelisah, apa lagi nak tinggalkan rumah buat beberapa hari.

Dan begitulah seterusnya dengan hukum-hukum lain, keamanan yang HAKIKI sudah pasti kerana itu janji Allah dan Allah Maha Mengetahui. Dia yang ciptakan manusia, maka Dia tahulah apa undang-undang yang terbaik bagi manusia. Tetapi hanya manusia yang tidak yakin padaNya, na'uzubillah.

Sebaliknya jika kita tidak menjalankan Undang-undang Islam, kita mungkin akan mendapatbala dari Allah S.w.t. na'uzubillah.


Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” Surah al-Maidah : Ayat 49

Rasulullah S.a.w bersabda: “Siapa yang taat kepada aku masuk syurga dan siapa yang derhaka adalah dia orang yang engkar (enggan).” (Hadith Riwayat Bukhari)

Dalam hadith yang lain Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hal-hal bid’ah sememangnya banyak berlaku sekarang dan tidak dapat dielakkan lagi. Tetapi mari kita fikir sejenak, jika sekiranya undang-undang sebuah negara pun sudah jauh lari dari apa yang nabi ajar, bagaimana untuk menguatkan Islam secara menyeluruh? Bagaimana dengan yang bawah-bawahnya? Jika sistem utama sudah lari dari jalan yang benar maka bagaimana dengan cabang-cabangnya yang lain?

Ini tidak termasuk lagi soal-soal bid’ah lain yang berlaku dalam kampung-kampung dan sebagainya. Itu masih lagi hal peringkat bawahan, tetapi bagaimana dengan hal peringkat tertinggi iaitu HUKUM / Undang-undang / Law sesebuah negara? Tidak pernahkah anda terfikir? Jika peringkat tertinggi pun sudah semakin lari dan jauh dari Islam, bagaimana dengan peringkat bawahnya?

Ini lah antara sebab munculnya golongan-golongan yang mahu memperjuangkan Islam dan mahu menegakkan Hukum Allah di negara kita ini. Tetapi mereka dituduh pula sebagai puak Khawarij kerana menentang kerajaan. Sedangkan mereka sebenarnya bukan menentang kerajaan, tetapi MENEGUR dan dalam proses untuk membaiki mengikut saluran-saluran yang dibenarkan oleh kerajaan sendiri iaitu proses pilihanraya dan undang-undang. Sedangkan puak Khawarij yang sebenar ialah mereka yang menentang sahabat nabi YANG MENEGAKKAN HUKUM ALLAH! Itu kita mesti faham, tetapi sekarang ini sudah terbalik tuduhan itu.

Khawarij asal dari perkataan ‘Kharaja’ iaitu ‘keluar’, dan puak khawarij adalah puak yang keluar dari ahlus sunnah wal jama’ah dan menentang pemerintahan Saidina Ali r.a yang menegakkan UNDANG-UNDANG / HUKUM ALLAH.

Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Bermakna jika kita sendiri tidak berusaha untuk menegakkan kembali Hukum Allah yang amat peaceful, harmoni dan adil itu maka ianya tidak akan tertegak dengan sendirinya. Gunakan lah akal fikiran yang Allah bagi pada kita ini, jangan hanya sekadar menjadi pak turut tanpa mengkaji asasnya. Sebab itu ayat AlQuran pertama turun iaitu Iqra’, iaitu suruh kita membaca, belajar, mengkaji tak putus-putus. Semua kita sudah tahu tentang ini, dan kebanyakan kita dah baca hadith-hadith yang menyarankan agar kita semua menuntut ilmu. Tetapi penerimaan kita itu yang kureng agaknya.

Dengan itu sekali lagi saya mahu menegaskan , bahawa jika anda mengatakan Allah Maha Hebat dan Maha Bijaksana, MAKA anda mestilah juga mengakui bahawa perintah-perintah dan hukumNya juga adalah yang TERHEBAT dan paling BIJAKSANA. Marilah sama-sama kita jadi hamba Allah yang mahu memperjuangkan agamaNya dan menegakkan hukumNya, bukannya menjadi mereka yang menentang perjuangan Islam dan meremeh-remehkan hukum Allah! 

Tetapi ingat, jangan sampai kita berpecah belah! Biarlah orang nak pecah belah dengan kita, tetapi jangan kita yang berniat begitu. Perjuangan untuk menegakkan Islam dan Hukum Allah pun adalah bertujuan untuk BERSATU, KEAMANAN, KEADILAN dan untuk KESEJAHTERAAN semua, tidak kira kepada yang Islam atau bukan Islam, dan bukannya hanya kepada golongan tertentu sahaja.

Alasan kerana Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan untuk tunggu sehingga rakyat Malaysia kuat iman semuanya dulu sangat-sangat TIDAK RELEVAN.  Kerana waktu Rasulullah S.a.w dan sahabat laksanakan Undang-undang Islam dulu, majoriti rakyat di sekelilingnya adalah NON MUSLIM.


"Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al Baqarah : Ayat 229)

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” (Surah Al-Ma’idah : ayat 49).

…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Surah Al Ma’idah : 44)

……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” (Surah Al Ma’idah : 45)

……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” (Surah Al Ma’idah : 47)

Ada golongan yang mengatakan bahawa ayat-ayat dalam Surah Al-Maidah di atas hanya ditujukan khas buat kaum Yahudi. Saya jawab, memang betul sejarah asalnya ayat itu ditujukan kepada kaum Yahudi, tetapi kita mesti ingat, HUKUM nya TIDAK DIMANSUH kan. Islam bukan agama baru, tetapi agama PELENGKAP kesemua agama-agama samawi yang lama.

Panjang lebar lagi untuk dihujjah berkenaan ayat-ayat Surah Al-Maidah itu, cukup saya sertakan dulu di sini petikan kata-kata Dr Yusof Qardhawi.   “Sesiapa daripada kalangan yahudi dan nasrani yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T, maka dia adalah kafir, zalim dan fasiq; manakala umat Islam yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah tidak menjadi kafir, zalim atau fasiq. Wallahi! Perkara ini adalah amat ajaib.”  (من فقه الدولة في لإسلام)

Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 99)

Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim.” (Surah An-Nahl : Ayat 89)

Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min. Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali” (Surah An-Nisaa' : Ayat 115)


".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

Saidina Abu Bakar berkhutbah ketika mula dilantik menjadi khalifah, yang antaranya bermaksud ".....Patuhilah aku selama aku mematuhi ALlah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhi keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku......" (Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir, mengatakan sanadnya adalah sahih)



Hikmah melaksanakan Hukum Hudud dari segi saintifik

Apa-apa yang diperintahkan oleh Allah S.w.t semuanya ada hikmah yang tersendiri, begitu juga dengan Hukum Hudud, Qisas, Takzir dan sebagainya lagi. Amat banyak lah hikmahnya dan perlukan kepada satu tajuk lain untuk pembahasan secara khusus. Tetapi kali ini saya hanya ingin mengutip petikan dari tulisan Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan tentang hikmah disebalik pelaksanaan Hukum Hudud terhadap orang-orang yang berzina.


Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat dia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.

Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin apabila dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilkan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.

Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.




Dalam video di atas adalah contoh hukuman pancung (hukuman mati). Sememangnya mengikut kajian sains pun, jika sudah putus urat leher kita maka sudah tiada hubungan dengan otak lagi. Maka simati yang dihukum tidak merasa terseksa di saat kematiannya. Berbeza dengan hukum gantung sampai mati yang biasanya memerlukan masa yang lama untuk tercabut nyawa.  Wallahu a’lam :)

Maklumat lanjut mengenai hukum hudud sila lihat di sini.


[AlQuran, AlHadith, Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan, Harakah Daily]

My Love Reader's,
Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

 
All Right Reserved To Me.Full Edit By NabilaMedan.