Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
! ✿Vertical Truth of 'Islam'✿ !: Cinta Tuhan dan Orang-orang Mencintai Tuhan .

Cinta Tuhan dan Orang-orang Mencintai Tuhan .

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah Ta'ala berfirman:

"Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya: Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaku ialah yang paling bertaqwa hatinya, suci kedua belah tangannya, tiada menyusahkan orang lain, dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari, gunung-gunung akan berubah, namun dia tetap begitu juga, dia mencintaiku dan mencintai orang yang mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu."
"Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu, dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu? Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu, segala macam ujianKu, dan segala macam siksaanKu."
"Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seseorang hamba yang menolong orang yang teraniaya, atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannyaa, melainkan Allah akan menetapkan kedua tapak kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir." (Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir)




Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

0 comments:

 
All Right Reserved To Me.Full Edit By NabilaMedan.