Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
! ✿Vertical Truth of 'Islam'✿ !: Politik Islam . Dimana Matlamatnya untuk Dibangunkan ?

Politik Islam . Dimana Matlamatnya untuk Dibangunkan ?

Politik dalam Islam bertakluk pada zaman khalifahnya Rasulullaah s.a.w. Dalam konsep kemodenan sekarang ini, apakah perlu melandaskan keislaman dalam pembangunkan ekonomi dan sejagat?
Bagi pendapat saya, Perlu. Kita lihat beberapa dasar pembangunan Islam walaupun tidak kaya harta tapi kaya dengan falsafah, ideologi, metodologi, statistik keislaman dimana saya nampak ada diri Ustaz nik azni dalam parti pas di malaysia. Perkembangan dalam bidang politik yang dipegangnya dengan sifat sifat khalifah pada zaman Rasulullaah s.a.w, tenang dan penuh dedikasi, adil dan tidak membedil kata kata kesat dan mengutuk antara satu sama lain, merendah diri dan penuh berkarisma. Dan dalam penyelidikkan saya dalam buku biografinya, Ustaz Nik Azni ada pemikiran seperti Prof Dr Buya Hamkah dan ada mengikut peraturan Rasulullah s.a.w.

Politik Islam... Dimana matlamatnya untuk dibangunkan?
Sebenarnya banyak hal yang perlu di teliti dan diambil kira. Dari segi intitusi, komuniti ( ummah ) dan Ukhuwwah yang perlu di sinambung dalam segi aspek Politik, Ekonomi juga memainkan peranan besar dan punca ekonomi menurun sekarang ini adalah salah satu sebabnya adalah Riba' dan Riya'. Dua R ini adalah penjejas utama dalam politik sekarang ini juga pemikiran dalam sifat kemodenan yang hanya mengejarkan dunia dan lupa tanggungjawap sebagai manusia sebenarnya. Riba' termasuk dalam golongan orang yang suka menindas sesama sendiri,  mengaut keuntungan akibat ramai yang jadi miskin, zakat diberi berkurangan, lebih bersikap mementingkan diri sendiri dan pembaziran. Riya' pula terlalu banyak kesombongan yang berlaku sampai tidak kenal saudara sendiri, sehinggakan menjadi diri lalai untuk melakukan kebaikan.. lupa akan keehsanan dan lupa akan tanggungjawap yang seharusnya dilakukan. Yang paling menyedihkan suka membuat fatwa sendiri dan tidak memberi peluang orang lain kembali kepangkal jalan, memfitnah antara satu sama lain, dirinya sahaja yang benar, orang lain tidak.. bagaimana hendak berdakwah dan berhujah  kalau kita bersikap demikian???
Dalam segi fasa yang dilihat.. Bagaimana untuk membangunkan institusi dan politik Islam sebenar benarnya adalah berfikiran terbuka, menerima dan memberi. Seperti zaman Rasulullaah s.a.w, Dimana Rasulullaah s.a.w lebih utamakan ummat ummatnya begitu juga sahabat sahabatnya yang mengambil berat antara satu sama lain dan juga bersikap adil. Itulah yang seharusnya kita praktikan. Bukan membedil kata kata tapi tidak menunaikan kata. Selalunya pidato yang diutara ... Awak mesti mendengar kata kata saya, tapi pada dasarnya anda tidak mendengar orang lain, malah mengharapkan orang menghormati diri anda tapi anda sendiri tidak  pandai menghormati antara satu sama lain. Tidak adilkan??? Itulah kelemahan orang kita sekarang ini. Hanya pandai berhujah tapi tidak memperaktikan diri dan suka mencari kesalahan orang lain juga tidak mahu melakukan perumpamaan, sesuatu yang kita harus lakukan bermula pada diri kita sendiri barulah kita boleh berhujah dan mendirikan semua institusi dimana boleh berkembangkan ukhuwwah tidak kira bangsa dan agama. Untuk menyakini orang lain ialah SALING MENDENGAR ( BE GOOD LISTENER ) itulah yang paling penting, jangan pula kita mengharap orang mendengar kata kata kita tapi kita tidak mahu mendengar rintihan yang lainnya dan jangan sekali kali mungkir janji!!
Akhirkata...  Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin condong. Jangan asyik mengetuk tin kosong sahaja biarlah tidak berbunyi tapi tetap berisi. 

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

0 comments:

 
All Right Reserved To Me.Full Edit By NabilaMedan.