Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
! ✿Vertical Truth of 'Islam'✿ !: Cara Untuk Menentang Yahudi .

Cara Untuk Menentang Yahudi .



Assalamualaikum.. ap yg sy nampak kita sekarang lebih banyak membentangkan masaalah dari menyelesaikan masaalah.. mcm mana nak selesaikan masaalah mind control?? mcm mana nak hapuskan freemason dan yahudi ni?? mcm mane nak hentikan yahudi dari terus berkuasa?? jawapan dy xde lain hanya dengan cara Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.. ketika zaman Jahiliyah penindasan bermaharajalela, bangsa arab pada ketika itu adalah bangsa yg paling teruk dan tidak ada bangsa yg lebih teruk dari mereka sehingga akhir zaman. Mereka minum arak di dalam tengkorak, mereka berjudi dengan membelah perut2 ibu mengandung dan macam2 lagi kemungkaran yg mereka buat. Sehinggalah kedatangan Nabi Muhammad SAW. mengubah keadaan menjadikan bangsa Arab sebagai bangsa yg terbaik, umat yg terbaik sepanjang zaman xde lg umat yg terbaik sehinggalah hari kiamat. apa yg Nabi tunjukkan adalah dengan berdakwah, mengajak mereka semua kenal akan pencipta yg satu iaitu Allah SWT, meningkatkan iman sehinggakan para2 Sahabat R.A lebih mulia dari para Malaikat.

Pada zaman Nabi ada Kerajaan Rom yg cerdik pandai serta mempunyai empayar yg sangat besar, tetapi Nabi tidak pernah mengikuti cara pemikiran mereka untuk menjadikan Bangsa arab dan umat islam sebagai umat yg terbaik sepanjang zaman, malah akhirnya kerajaan Rom ini tewas di tangan islam di sebabkan iman mereka kepada Allah dan Bantuan Allah terhadap mereka. Ini adalah cara yg terbaik, cara yg lebih baik dari pemikiran yahudi iaitu pemikiran Nabi Muhammad SAW.

Semua yg difikirkan Nabi,semua yg dilakukan oleh Nabi, semua penampilan Nabi, Semua Cara Nabi adalah berasal Dari Allah SWT. Tidak ada satu pun tindak tanduk Nabi yg beasaskan hawa Nafsunya, semuanya datang dari Allah. Jadi apa yg datang dari Allah lebih baik dari semua pemikiran yahudi biar secerdik manapun seseorang itu ia tetap tidak dapat melawan Pemikiran yg diilhamkan oleh Allah kepada Nabi junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Nah!!! sekarang tuan2 pilih nak ikut cara Nabi atau cara Yahudi??

Cara Nabi adalah berdakwah kepada manusia.Dakwah terbahagi kepada 2, yg pertama adalah dakwah kepada orang2 kafir dan yg kedua adalah dakwah untuk orang2 islam yg telah pun beriman. Bezanya ialah dakwah kepada orang kafir dipanggil dakwah kalimah iaitu mendakwahkan kalimah Lailahaillallah, dakwah supaya beriman kepada Allah. Dakwah kepada orang yg telah memeluk islam pula dipanggil dakwah iman dimana mendakwahkan perkara2 yg dapat meningkatkan iman seperti bercakap tentang kebesaran Allah, bercerita tentang bantuan Allah terhadap para sahabat, tanda2 ahli syurga serta menafikan makhluk dan membesarkan Allah.

Nabi Muhammad SAW meyeru agar semua umat islam berdakwah tidak kira pada sesiapapun, namun Nabi lebih menekankan agar kita berdakwah kepada sesama islam agar iman akan sentiasa meningkat dan mudah untuk melaksanakan amal ibadah.

Dakwah iman sangat2 penting kerana iman adalah sesuatu perkara yang tidak dapat kita tampung dengan amal ibadah yang lain contohnya jika sembahyang fardhu kita ada cacat cela maka akan ditampung oleh sembahyang2 sunat, begitu juga dengan puasa,zakat dan amal yg lain2. Semuanya boleh ditampung oleh amal yg lain tetapi tidak bagi iman.

Allah menuntut kita beriman 100% hanya kepada Allah. Jikalau iman kita sebesar gunung uhud tetapi ada sedikit syirik kepada Allah maka iman kita terbatal, iman kita xkan dipandang langsung oleh Allah.

Tetapi jika iman kita sempurna kepada Allah biarpun hanya sekecil debu maka iman itu akan diterima oleh Allah. Jangan pandang rendah pada masalah iman ini, Allah mahukan kita beriman 100% bukan 99.9% bukan 50%.. Allah mahukan kita semua hanya beriman kepada Allah.

Jadi masalahnya macam mana nak dapat iman 100% ney?  Jawapannya, dakwah iman.

Dakwah iman.

Pertama sekali untuk berdakwah kita tidak digalakkan bercerita tentang azab dan perkara yang menakutkan, peringatan dan azab hanyalah untuk diri sendiri tidak digalakkan untuk dijadikan bahan dakwah.

PERTAMA::  Nafi makhluk dan Menisbatkan Allah SWT. Kalimah Lailahaillallah itu sendiri telah menunjukkan Nafi makhluk dan menisbatkan Allah SWT. Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah.

Kita kena nafikan semua kekuasaan makhluk contohnya ubat xboleh bg sembuh,makanan tidak boleh bagi kenyang, kayu kokka xboleh datangkan apa2 manfaat, kerja xboleh berikan rezeki,gula xboleh bagi manis, garam xboleh bagi masin. Seterusnya Kita menisbatkan Allah hanya Allah yg berkuasa Allah yg bg manis,masin dan pelbagai rasa lagi, Allah yg berikan kesembuhan,Allah yg berikan kita kenyang,berikan rezeki dan segala2nya datang dari Allah.

Semuanya datang dari Allah tetapi kita jangan salah faham contohnya "oh aku xnak makan nasi la, sebab bukan nasi yg bagi kenyang, oh aku xnak makan ubat la sebab bukan ubat yg bg kita sembuh,".. Ini jahil namanya!!

Kita tetap kena makan nasi, tetap kena makan ubat tetapi jangan yakin yg makanan 2 bg kenyang dan jangan yakin ubat yg bagi sembuh sebaliknya yakinlah Allah yg berikan kenyang dan kesembuhan. contohnya 2 orang pesakit dengan penyakit yang sama jumpa doktor yg sama dapat ubat yang sama tetapi seorang sembuh dan seorang lagi mati.. sebab apa keputusan berlainan? sebab ubat nk bg sembuh hanya dengan izin Allah, jika Allah xizinkan maka ubat 2 xblh beri kesan apa2.

KEDUA::   Perbanyakkan bercerita tentang kebesaran Allah. Allah xperlukan bantuan  dari sesiapapun untuk cipta dunia ni, Allah ciptakan cakerawala, Allah ciptakan semua planet2, Allah ciptakan bulan dan matahari tanpa bantuan dari sesiapa pun. Allah jadikan bermacam2 rasa didunia ni, rasa manis rambutan,manis tembikai, manis madu, manis susu semuanya Allah jadikan berlainan. Itu baru manis macam mana dengan rasa masam,masin,tawar,kelat,pahit dan macam2 lg rasa. Subahanallah mampu ke manusia untuk mencipta rasa??

Allah cipta lautan luas terbentang,Allah cipta padang pasir, Allah cipta gunung ganang, Allah cipta rumput2 dan tumbuh-tumbuhan, Allah cipta haiwan2, Allah cipta manusia dari setitis air!! Manusia walaumacam mana cerdik pun xdapat cipta setitis air,xdapat cipta sebutir pasir, xdapat cipta batu batuan, xdapat cipta hatta sehelai daun pun. Lemahnya kita..

Buah-buahan apabila masak akan bertukar warna, dari hijau ke kuning,merah,hitam dan sebagainya, semua ni menandakan kekuasaan Allah.. xde org pun pergi cat buah pisang jadi kuning,buah rambutan jadi merah, semuanya terjadi dengan kekuasaan Allah.. Banyak lagi bukti kebesaran Allah SWT Insya-Allah nanti sy akan buat tajuk khas untuk bab ni.

KETIGA::  Bantuan Allah kepada para sahabat. Disini cukup saya mengambil contoh peperangan Badar, dimana 313 orang melawan seribu orang kafir Quraisy. 313 orang islam tanpa senjata yang lengkap dan bilangan yang sedikit melawan 1000 orang kafir lengkap dengan senjata.

Pada asalnya jemaah dibentuk untuk menghalang rombongan Abu sufian yg membawa barang dagangan serta senjata ke Mekah, tetapi orang kafir telah mengetahui rancangan ini dan menghantar 1000 orang tentera lengkap bersenjata untuk memerangi Nabi Muhammad SAW.

Di malam sebelum peperangan Badar Nabi telah berdoa dengan doa yg sangat2 sedih. sy xingat doa 2. Merintih dan meminta pertolongan dari Allah. Keesokkan harinya Nabi mengumpul semua 313 ahli Badar dan bersiap sedia menghadapi kafir Quraisy yang ingin manghancurkan seluruh umat islam yg ada pada ketika itu.

Ahli-ahli Badar pun berkumpul lalu mengambil pelepah2 tamar untuk dijadikan senjata, pedang2 patah dikumpulkan dan talam2 tempat mereka makan dijadikan perisai. Keadaan tentera islam ketika itu sangat2 daif tetapi hati-hati mereka penuh dengan keyakinan terhadap Nabi Muhammad SAW dan janji2 Allah SWT. Iman mereka ketika itu telah pun sempurna.

Doa Nabi Muhammad SAW dimakbulkan, Allah SWT menurunkan ribuan malaikat untuk membantu Nabi. Ketika itu pelepah tamar menjadi senjata yg sangat2 ampuh, kepala tentera Quraisy dengan sendirinya terpancung seolah2 ada sesuatu yang memancungnya, perisai2 tidak tembus dengan senjata tentera kafir. Allah mencampakkan ketakutan di hati-hati musuh islam dan Allah semarakkan keberanian kepada ahli2 Badar.

Akhirnya tentera islam menang melawan kafir Quraisy dan peristiwa itu menjadi kenangan pahit kaum kafir Quraisy.

Banyak lagi kisah2 bantuan Allah kepada para sahabat. Insya_Allah sy akan menulis lagi tentang kisah para Sahabat pd masa akan datang. Kisah-kisah sahabat adalah kisah benar dan kita akan dapat banyak pengajaran dari kisah Sahabt.

KEEMPAT:: Tanda-tanda ahli syurga.. Diantara tanda2 ahli syurga ialah mencintai ilmu, sukakan kelebihan,banyak menangis kerana takutkan Allah, banyak amal ibadahnya. Cintakan Nabi Cintakan Allah, berakhlak mulia, tidak menyakiti sahabat,tidak menyekutukan Allah, sentiasa berlapang dada sesama manusia dan banyak lagi.

Jadi inilah perkara yang perlu kita sampaikan dan menjadi topik perbualan kita sehari-harian. Iman akan meningkat bila kita banyak bercakap tentang perkara ni. Dengan bercakap tentang kebesaran serta bantuan Allah terhadap sahabat akan mewujudkan ketakjuban serta kekaguman akan kekuasaan Allah.

Inilah yang kita nak masukkan dalam hati kita, yakin terhadap Allah supaya di akhir kalam kita dapat mengucap 2 kalimah syahadah. Kalimah syahadah ni amat2 senang dihafal tetapi dapatkah kita mengucapkan kalimah ini ketika kita semua hampir mati??

Semua ini bergantung kepada keyakinan kita dan apa yg berada di hati kita pada saat2 kematian. Jika iman yg berada di hati maka senanglah untuk mengucap 2 kalimah syahadah tetapi jika kebesaran makhluk yg berada di hati maka susahlah untuk mengucap 2kalimah syahadah.

Pada ketika ini hati bergantung pada apa yg kita sering ingat dan sering kita lakukan semasa kita hidup di dunia. Jikalau kita sering ingat tentang kerja maka kalimah kerja yg berada dihati kita, jikalau kita sering mengingati bola maka kalimah bola yg berada di hati kita, jika kita sering mengingati kekasih kita maka nama kekasih kitalah yg berada di hati kita.. Tetapi jikalau kita sentiasa mengingati Allah maka Allah lah yg berada di hati kita dan Insya-Allah mudah untuk kita mengucap 2 kalimah syahadah.

Disaat kita menghadapi sakaratul maut syaitan akan berusaha 100% untuk menyesatkan kita berbanding dengan hari2 biasa syaitan hanya menggoda kita sebanyak 10% je. 10% ni pun dah banyak menyesatkan manusia dan menjerumuskan manusia ke dalam neraka jahanam jd bagaiman dengan usaha 100% syaitan? pasti lebih dahsyat lagi.

Syaitan akan menjelma menjadi orang yg kita sayang,orang yang kita sanjung, binatang ternakan kita serta ap2 sahaja yg kita sayang sepanjang hidup kita. Syaitan akan menggoda dengan sedahsyat-dahsyatnya sehingga kita mati tanpa iman. Nauzubillah. Ketika ini hanya kuasa Allah sahaja yg dapat membantu kita. Hanya orang2 yg dipilih sahaja akan dapat mati di dalam iman.

Ganjaran orang2 yg mati di dalam iman adalah syurga yang penuh nikmat. Sesiapa yg datang bertemu dengan Allah dengan membawa iman walaupun sebesar zarah maka Allah akan mengganjarkannya dengan syurga sebesar 10 kali ganda dunia. itu untuk iman sebesar zarah, jika iman lagi besar maka semakin besarlah syurga kita.

Syurga adalah satu tempat yg kita xdapat bayangkan,xpernah terlintas difikiran dan nikmatnya xpernah kita rasa. Kita cuba bayangkan 1 tempat yg indah seperti hawaii,borneo serta tempat2 pelancongan yg cantik2, semuanya tidak setanding dengan syurga ciptaan Allah SWT.

Didalam syurga mengalir sungai susu,sungai arak, lumpur2nya berbau kasturi, lantainya dihiasi batu2 permata dengan nyanyian2 yg indah xpernah kita dengar didunia, buah-buahan tumbuh mekar dengan rasa yg berlainan.. Didalam syurga kelak ada seorang hamba yg makan pisang sehinggakan kulit2 pisang bertimbun setinggi gunung. setiap kali suapan kesedapan akan bertambah sebanyak 70kali ganda. Ahli2 syurga akan terpegun di pintu syurga selama 40 tahun kerana indahnya pintu syurga.

Nikmat yang paling besar di syurga ialah ahli syurga dapat melihat wajah Allah SWT. Di dalam syurga kita minta apa2 sahaja pasti terkabul, jika kita nak makan burung maka burung yang beterbangan akan jatuh di hadapan kita dengan cara hidangan yang kita inginkan. Jika kita inginkan hiburan maka pokok2,burung2, segala hidupan di dalam syurga akan turut menyanyi.

Apabila Nabi Daud mula membaca Quran, seluruh penduduk syurga akan terpegun, air sungai akan berhenti mengalir,pokok2 beralun menunduk ke bawah, burung2 berhenti beterbangan, semuanya terpegun dengan bacaan yg merdu dan mendayu2.

Banyak lagi nikmat yg disediakan untuk ahli syurga, nikmat yg tak dapat kita gmbarkan di dunia. Untuk mendapat ganjaran syurga kita semua mesti buat usaha atas iman, usahakan iman kita sehingga iman kita betul hanya kepada Allah dan semakin besar iman maka semakin besar syurga kita kelak. Syurga yang paling besar adalah syurga Abu Bakar As-Siddiq r.ahu.

Satu hari malaikat Jibril meminta izin dari Allah untuk melawat syurga Abu Bakar, Allah mengizinkan dan menambahkan sayap malaikat Jibril, 300 sayap sebelah kanan dan 300 sayap sebelah kiri.

Semasa Nabi Yusuf dicampak kedalam perigi Allah memerintahkan malaikat JIbril menyambut Nabi Yusuf, Malaikat Jibril dengan sepantas kilat menyambut Nabi Yusuf tetapi Malaikat Jibril lupa cara nak menyambut Nabi Yusuf maka dilepaskan semula Nabi Yusuf dan Malaikat Jibril bertemu dengan Allah semula. Apabila sudah mengetahui cara untuk menyambut Nabi Yusuf maka terus Malaikat JIbril menyambut kembali Nabi Yusuf. Ketika itu Nabi Yusuf xsampai lg ke dasar perigi, lihatlah betapa pantasnya Malaikat Jibril dengan sayapnya yg sedia ada belum ditambah dengan 300 sayap kanan dan 300 sayap sebelah kiri.

Malaikat Jibril pun terbang ingin memasuki Syurga Abu Bakar, 500 tahun terbang masih xsampai lagi maka Malaikat Jibril berhenti sekejap rehat, 500 tahun lagi Jibril terbang masih lagi xnampak pintu masuk kesyurga Abu Bakar, Malaikat Jibril terbang lagi mencari2 pintu Syurga Abu Bakar, terbang,terbang dan terbang. Akhirnya Malaikat Jibril terjatuh keletihan sambil menangis-nangis.

Bidadari yg berada di syurga Abu Bakar terdengar tangisan yg sangat2 dahsyat, maka mereka beramai2 keluar mencari punca tangisan itu dan akhirnya bertemu dengan Malaikat Jibril. Bidadari itu pun bertanya kepada Malaikat Jibril.

"Wahai Jibril kenapa kamu menangis?"

"Aku meminta kepada Allah untuk melawat syurga Abu Bakar, tetapi sampai sekarang aku belum lagi menemui pintu masuk ke syurga Abu Bakar,"

"Kembalilah kamu wahai Jibril, kamu sekarang masih lagi berada di halaman pertama syurga Abu Bakar... Pintu Syurga Abu Bakar tidak akn tercapai olehmu,"

Malaikat Jibril pun kembali dengan kehampaan.

Lihatlah betapa besarnya syurga Abu Bakar sehinggakan Malaikat Jibril yg pantas dan gagah perkasa itu pun tidak mampu masuk ke dalam syurga Abu Bakar. Seribu tahun Malaikat Jibril terbang tetapi masih berada di halaman pertama syurga Abu Bakar.. Subahanallah besarnya Syurga Abu Bakar.

Jadi tuan-tuan nilai iman adalah syurga. Usahakanlah keyakinan kita, usahakanlah iman kita dengan berdakwah. Banyak2kan bercakap tentang kebesaran Allah,bantuan Allah kepada sahabat r.ahum, perbanyakkan percakapan nafi dan isbat, berceritalah tentang tanda-tanda Ahli syurga.

Zikir sahaja xcukup kita kena betulkan percakapan kita juga. Cuba kita semua renungkan, setiap hari kita berzikir 1000 Subahanallah,1000 Alhamdulillah, 1000  Allahuakbar, 1000 Lailahaillallah dan mcm2 zikir lagi tetapi bila masa lapang kita berborak pasal bola, gosip2, cinta, filem baru, mengumpat dan macam2 lagi. Jd pahala zikir tadi semua habis terbang melayang. Sia-sialah amalan kita, jd untuk menyempurnakan amalan seharusnya kita betulkan percakapan kita.

Cara untuk mamperbetulkan percakapan kita adalah dengan menukarkan topik bola kita kepada cerita2 kebesaran Allah, tukarkan gosip2 kita kepada cerita tanda-tanda orang beriman dan ahli syurga, tukarkan bicara bisnes dunia kita kepada bicara bisnes akhirat kita, tukarkan segala2nya agar hati kita penuh dengan berita2 akhirat, penuh dengan cita2 ke syurga, penuh dengan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya..

Kesimpulannya kalimah Lailahaillallah adalah kalimah iman yg perlu di usahakan dan di sampaikan kepada semua dengan cara berdakwah agar semua manusia terselamat dari api neraka. Asap api neraka sudah cukup untuk menjadikan kita arang. Akhirnya saya ingin membawa satu kisah tentang mencari iman..


Di zaman Rasulullah SAW islam berkembang dengan pesat, dakwah menjadi perkara rutin, suasana agama wujud dimana-mana, semua orang bercita2 ingin memperolehi syurga, semua orang inginkan mati syahid, semua orang ingin meningkatkan iman masing2, semua orang meyakini kata2 Rasulullah SAW, semua orang meyakini janji2 Allah SWT. Tidak terkecuali dengan seorang sahabat yang ingin mencari iman.

Sekian lama sahabat itu memikirkan, bagaimana ingin mengekalkan iman yg ada di dalam hati dan menambahkan iman. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk di rumah berzikir memuji Allah dan membaca kitab2 agama.

Maka bermulalah seberapa lama dia berzikir, mengulangi ayat2 Al-Quran yg dihafalnya dan membaca kitab2 yg berkaitan iman. Suatu hari Allah menghantar Malaikat Jibril untuk memperbetulkan sahabat itu.

Malaikat Jibril pun pergi kerumah sahabat itu dalam keadaan menyerupai manusia dan membuat bising di atas atap rumah sahabat tersebut. Mendengarkan bunyi bising di atas atap rumahnya dia segera naik ke atas dan melihat seseorang sedang mundar-mandir seperti mencari sesuatu, lalu sahabat itu pun bertanya..

"Wahai saudaraku apa yang kau buat di atas atap rumahku ini?"

"Aku sedang mencari untaku yang hilang."

"Bodoh!! Mana mungkin unta kamu berada di atas atap, kamu carilah di padang pasir atau di tempat2 lain."

"Kalau begitu kamu lagi bodoh!! Mana boleh kamu mencari iman dengan hanya duduk di rumah dengan berzikir dan membaca kitab2, kamu kenalah keluar dari rumah dan berdakwah barulah iman akan meningkat."

Tersedarlah sahabat itu akan kesilapan yg dilakukannya. Mulai hari itu sahabat tersebut terus bertaubat dan keluar berdakwah meningkatkan iman.

Situasi ini sebenarnya sama dengan kita di hari ini.. Cukupkah sekadar  duduk di rumah depan komputer, menulis tentang ilmu2 dakwah? cukupkah pahala zikir  untuk ditampung dengan dosa percakapan yg sia-sia? Sudah sempurnakah iman untuk membeli syurga Allah SWT? Sudah sempurnakah agama yg ada di dalam diri?

Jikalau jawapannya adalah BELUM maka kita seharusnya keluarlah untuk berdakwah meningkatkan iman, memperbetulkan iman kita kepada Allah.

Nabi tidak pernah runsing tentang ekonomi, harta, tanah jajahan dan segala bentuk kebendaan duniawi. Yg Nabi risaukan Adalah bila manusia tidak mengenal Allah, Nabi risaukan umatnya masuk api neraka, Nabi risaukan umatnya tertipu dengan segala benda dunia. Apa yg Nabi mahukan hanyalah semua umatnya beriman kepada Allah dan semua umatnya masuk syurga. Inilah impian terbesar Nabi, marilah kita sama2 merealisasikan impian Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.Berdakwahlah, ajak manusia mengenal Allah bukab dengan mengajak manusia kepada perkara yg sia2.

Dengan berdakwah iman akan meningkat, bila iman meningkat barulah Allah akan memberikan bantuan mengalahkan musuh2 islam. Inilah cara Nabi Muhammad SAW.

Aik Baca Sahaja ? Bagilah Respon Untuk Archive ni Sikit :)

0 comments:

 
All Right Reserved To Me.Full Edit By NabilaMedan.